Harian Metro

‘Tho anjing manja’

-

Kuantan:

Sarjan Patrick Sandai sudah biasa menghadapi pelbagai cabaran dalam tugasnya sebagai anggota polis namun kehilangan anjing seliaannya bernama Tho akibat sakit tua, malam kelmarin antara paling terkesan buat dirinya.

“Saya kehilangan rakan setugas pertama,” kata anggota Unit Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu kerana anjing baka Labrador berusia 12 tahun lapan bulan itu adalah anjing pertama beliau sepanjang 20 tahun berkhidmat.

Patrick, 40, berkata, beliau berada di sisi di Tho, di kandang Unit K9 di sini, semasa anjing itu disahkan mati pada 7.30 malam kerana beliau tidak mahu meninggalk­an Tho sendirian selepas merasakan keadaannya semakin teruk semasa bertugas pada sebelah pagi.

Tho lahir pada 30 Januari 2008 di China dan mula ‘dipasangka­n’ dengan Patrick semasa berusia lapan bulan selepas Patrick yang bertugas sebagai pemandu di Unit K9 sebelum itu diberi kepercayaa­n mengendali­kan aset berkaki empat Polis

Diraja Malaysia (PDRM) itu.

“Kami berkursus di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur selama empat bulan untuk mencari keserasian. Banyak operasi di kelab malam, pelabuhan, lapangan terbang dan pelbagai lokasi lain kami sertai tanpa mengira waktu kerana Tho adalah anjing pengesan narkotik.

“Sepanjang bertugas, tidak pernah sekalipun Tho mengecewak­an saya. Selain dilatih untuk sangat taat, Tho sebenarnya anjing manja dan sering menggesel kaki saya untuk mengajak saya bermain jika merasakan saya kurang ceria pada hari itu,” katanya kepada Bernama, semalam.

Anak jati Bintulu, Sarawak itu berkata, kesihatan Tho mula merosot sejak tiga bulan lalu akibat usia tua dan semakin teruk mulai minggu lalu apabila enggan makan dan kurang bergerak menyebabka­n masanya banyak dihabiskan dalam kandang selain tidak lagi aktif bermain bersama anjing lain.

Keadaan itu menyebabka­n Patrick perlu mendukung Tho semasa membawanya ke klinik veterinar pada Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaa­n dan doktor memaklumka­n bahawa peluang Tho untuk terus hidup adalah tipis.

“Walaupun doktor memberikan jangkaan selama seminggu untuk Tho, saya dapat merasakan semalam adalah hari terakhirny­a kerana melihat ia baring sepanjang hari dan muntah setiap kali makan.

“Disebabkan itu, saya menghabisk­an masa seharian bersamanya sehingga saya akhirnya sedar ia tidak lagi bernafas,” katanya.

Kematian Tho yang dikongsika­n dalam Facebook rasmi IPK Pahang mendapat reaksi netizen yang turut bersedih dengan pemergian Tho selain ada berterima kasih atas jasa anjing itu selama berkhidmat. - Bernama

 ??  ?? PATRICK (kanan) bersama anjing seliaan bernama Tho yang mati akibat sakit tua, semalam.
PATRICK (kanan) bersama anjing seliaan bernama Tho yang mati akibat sakit tua, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia