Harian Metro

KEMARUK PINK

Guru wanita obses merah jambu miliki segala barang peribadi warna sama sejak 13 tahun lalu

-

Gila merah jambu. Itu obsesi seorang guru wanita yang tidak pernah memakai pakaian berwarna lain sejak 13 tahun lalu selain merah jambu.

Malah, dia juga membuang sepasang seluar jean biru yang juga satu-satunya pakaian bukan merah jambu dalam almari pakaiannya serta meminjam pakaian rakan jika perlu menghadiri majlis pengebumia­n.

Yasmin Charlotte, 32, berasal dari Switzerlan­d digelar Miss Pink oleh pelajarnya dan turut mencipta syurga merah jambu di rumahnya.

Portal Oddity Central melaporkan, Yasmin obses dengan warna merah jambu ketika usianya menginjak dewasa dan 13 tahun lalu dia mula memakai warna merah jambu secara eksklusif.

Wanita itu juga alah kepada warna lain, malah sudah memikirkan untuk memakai gaun perkahwina­nnya dengan warna itu.

“Ketika kecil, saya berpakaian merah jambu seperti gadis kecil lain dan pada usia 12 tahun, ibu membelikan saya kardigan merah jambu dan seluar.

“Pada mulanya saya malu kerana terfikir merah jambu adalah untuk anak kecil saja dan bukan untuk remaja.

“Tetapi pada usia 16 tahun, saya mula memakai lebih banyak warna merah jambu dan mengembang­kan koleksi saya,” kata Yasmin dalam temu bual dengan PA Real Life.

Guru itu memiliki keseluruha­n koleksi pakaian daripada pelbagai tona warna merah jambu serta lebih 100 pasang kasut warna sama.

Malah dia bernasib baik apabila tidak menerima sebarang aduan di sekolah dan mengatakan tidak menerima pekerjaan yang tidak membenarka­nnya memakai warna merah jambu.

“Sebelum menjadi guru, saya seorang tukang jahit dan membuat pakaian sendiri, tetapi kebanyakan saya beli secara dalam talian dan kedai.

“Saya tidak pernah pakai pakaian seragam untuk bekerja dan saya tidak memilih pekerjaan yang tidak membenarka­n pemakaian warna ini.

“Selama 13 tahun saya tidak pernah pakai baju warna lain. Jika terpaksa menghadiri pengebumia­n atau acara penting lain saya meminjam pakaian rakan,” katanya.

Katanya, sejak berpindah ke rumah sewa tahun lalu, dia mengecat semua dinding berwarna merah jambu dan mengisinya dengan barang berwarna sama yang dikumpul bertahun-tahun.

“Bermula dengan dinding dan perabot sehingga permaidani dan lampu semua barang di rumah berwarna merah jambu dan setiap kali saya jumpa sesuatu yang tidak berwarna merah jambu, saya mengecatny­a dengan warna kegemaran saya terlebih dahulu,” katanya.

 ??  ?? KOLEKSI barang peribadi milik Yasmin dengan pelbagai tona merah jambu.
KOLEKSI barang peribadi milik Yasmin dengan pelbagai tona merah jambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia