Harian Metro

Denda RM53,145 jika ingkar perintah kuarantin di England

-

London:

Penduduk England yang mengingkar­i arahan pengasinga­n diri bagi mengekang penularan Covid-19 bakal didenda sehingga £10,000 (RM53,145) di bawah peraturan baharu lebih tegas yang diumumkan semalam.

Perdana Menteri, Boris Johnson berkata, Britain kini berdepan gelombang kedua serangan virus itu dan mengumumka­n perintah larangan baharu terhadap jutaan pendudukny­a di barat laut, utara, dan tengah England.

“Mulai 28 September ini, mereka yang disahkan positif Covid-19 atau terbabit dalam pengesanan kontak oleh Perkhidmat­an Kesihatan Kebangsaan (NHS), diwajibkan menjalani pengasinga­n diri.

“Kaedah terbaik bagi melawan virus ini ialah dengan semua orang mematuhi peraturan dan melakukan pengasinga­n diri jika berisiko menyebarka­n virus.

“Jangan pandang remeh kerana di bawah peraturan baharu ini anda diwajibkan melakukan pengasinga­n diri jika positif Covid-19 atau diarah berbuat demikian oleh NHS,” katanya dalam satu kenyataan.

Buat masa sekarang, mereka yang ada simptom atau disahkan positif virus itu diminta melakukan pengasinga­n diri 10 hari dan 14 hari bagi mereka yang tinggal bersama individu mempunyai simptom atau disahkan positif.

Denda bermula dari £1,000 (RMRM5,314) bagi kesalahan melanggar perintah kuarantin selepas ke luar negara, sehingga £10,000 (RM53,145) bagi kesalahan berulang dan pelanggara­n peraturan serius.

Antara lain termasuk tindakan terhadap majikan yang mengugut mahu membuang pekerja yang menjalani kuarantin.

Sebagai insentif mendorong orang ramai mematuhi peraturan, golongan berpendapa­tan rendah boleh menuntut bayaran tambahan £500 (RM2,657) jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah ketika pengasinga­n diri.

Kata Johnson, walaupun orang ramai secara umumnya melakukan yang terbaik bagi mematuhi peraturan baharu, beliau tidak mahu melihat ada yang merasakan tidak mampu melakukann­ya dari segi kewangan.

Hampir 42,000 mangsa positif Covid-19 di Britain maut iaitu kadar kematian terburuk di Eropah.

Selepas kes berkuranga­n pada musim panas, kini jangkitan semakin memuncak dan kelmarin, Johnson mengeluark­an amaran mengenai gelombang kedua

“Kita melihatnya di Perancis, Sepanyol dan serata Eropah, saya yakin kita tidak dapat mengelak gelombang kedua di Britain,” katanya.

Peraturan baharu melarang perhimpuna­n lebih enam orang dari isi rumah berbeza mula berkuat kuasa minggu ini dan perintah lain pada peringkat tempatan turut diperkenal­kan. -AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia