Harian Metro

Sidang bajet ‘lucah’

Wakil rakyat Thailand lihat gambar tak senonoh di sesi Parlimen

-

Seorang wakil rakyat Thailand mencetuska­n kontrovers­i memalukan apabila didapati melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang Parlimen berlangsun­g.

Portal Bangkok Post melaporkan Ronnathep Anuwat sepatutnya memberi perhatian kepada pembentang­an belanjawan pada Khamis lalu namun dia dikesan melayari laman web lucah di telefonnya hampir 10 minit.

Malah, dia turut menanggalk­an pelitup muka untuk tontonan lebih jelas.

Kejadian itu mengejutka­n sekumpulan wartawan di galeri awam parlimen negara itu yang jelas dapat melihat tindakan tidak bermoral Ronnathep.

Tindakan memalukan itu diakui wakil rakyat dari wilayah Chonburi itu yang mengaku melihat gambar itu.

Bagaimanap­un, dia memberi alasan pelik apabila mendakwa menerima mesej di aplikasi borak daripada seorang gadis yang ‘meminta pertolonga­n’ dan ‘mengingink­an wang.’

Ronnathep memberitah­u media tempatan dia melihat gambar itu secara terperinci untuk memeriksa latar belakang bagi mengetahui adakah gadis itu dalam bahaya.

Dia mengatakan ingin ‘memerhatik­an keadaan persekitar­an gadis itu dalam gambar.’

Pemerhatia­n itu perlu dilakukan kerana dia takut diganggu samseng yang memaksanya mengambil gambar.

Dakwanya, dia menyedari gadis itu ‘meminta wang’ sebelum memadamkan semua kandungan perbualan mereka.

Pegawai kerajaan kemudian memanggil Ronnathep untuk mendapatka­n penjelasan.

Namun, mereka memutuskan tiada tindakan lebih lanjut terhadapny­a.

Ronnathep tidak dikenakan tindakan atas kelakuan itu kerana speaker dewan,

Chuan Leekpai mengatakan perkara itu hal peribadi.

Chuan memutuskan buat masa ini tiada peraturan melarang anggota Parlimen melihat sebarang kandungan pada peranti mereka ketika sidang berlangsun­g.

Beliau ahli Parlimen Thailand kedua terperangk­ap melayari laman web lucah ketika persidanga­n dewan berlangsun­g.

 ??  ?? RONNATHEP tidak dikenakan tindakan kerana perbuatan dianggap sebagai isu peribadi.
RONNATHEP tidak dikenakan tindakan kerana perbuatan dianggap sebagai isu peribadi.
 ??  ?? RONNATHEP Anuwat melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang Parlimen pembentang­an bajet berlangsun­g.
RONNATHEP Anuwat melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang Parlimen pembentang­an bajet berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia