Harian Metro

Hilang kerja lepas tangkap peragut

-

Washington:

Seorang pekerja pasar raya tidak menyangka niat baiknya membantu seorang wanita yang diragut membawa ‘ganjaran’ kehilangan kerja.

Amir Shedyak, 20, yang bekerja di Hannaford di Essex selama empat tahun dan sering dinobatkan pekerja cemerlang bulanan kehilangan kerja selepas membantu seorang wanita mangsa ragut.

Seorang lelaki mendekati Amir dan mengatakan kepadanya seorang wanita baru sahaja dirompak.

“Saya diberitahu beg tangan wanita tua dicuri,” kata Amir yang juga sukarelawa­n bomba kepada stesen CBS tempatan WCAX3.

Katanya, dia melihat seorang lelaki berlari melintasi tempat letak kereta dengan beg tangan di tangannya.

Amir mengejarny­a dan menarik suspek dari belakang dan menahannya sebelum memanggil polis.

Suspek melarikan diri, tetapi Amir dapat kembali beg tangan wanita itu.

“Wanita itu berusaha menawarkan wang kepada saya, tetapi saya tidak mahu dan hanya melakukan perkara betul,” katanya.

Polis mengesahka­n peragut berkenaan, Adrian Moore, 29, ditahan dan bakal didakwa.

Bagaimanap­un, tidak lama selepas kejadian itu, Amir pula dipecat.

“Kami tidak mahu memberi komen mengenai masalah kakitangan,” kata Hannaford dalam satu kenyataan kepada stesen TV.

Pendakwa raya tempatan Pietro Lynn berkata, Amir kemungkina­n dipecat berikutan pasar raya itu tidak mahu menanggung risiko sekiranya disaman.

“Banyak kes berlaku di Vermont apabila majikan tidak mahu bertanggun­gjawab di atas tindakan dilakukan pekerjanya,” katanya. -Agensi

Amir Shedyak bekerja di Hannaford di Essex dan sering dinobatkan pekerja cemerlang bulanan

 ??  ?? AMIR dipecat selepas membantu mangsa ragut.
AMIR dipecat selepas membantu mangsa ragut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia