Harian Metro

DAHULUKAN SATU KOMITMEN

Syifa tidak rancak dalam bidang seni kini lebih fokus perniagaan

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Siapa sangka pembabitan pelakon dan usahawan Syifa Melvin dalam bidang lakonan dan pengacaraa­n berlaku tanpa sengaja, namun minat ke arah itu mula bercambah sedikit demi sedikit.

Kata Syifa yang kini menguruska­n perniagaan bersama adik-beradiknya iaitu Syatilla, Syifa dan Syafiqa, dia mengakui dirinya kini lebih memberikan fokus terhadap bidang perniagaan berbanding memberi tumpuan terhadap kerjaya seni.

Maka tidak hairan, kelibat Syifa dalam bidang lakonan mahupun pengacaraa­n tidak bergerak rancak seperti kakaknya, Syatilla Melvin.

“Saya terbabit dalam bidang seni tanpa disengajak­an. Pada awalnya, saya bergelar selebriti media sosial dan pernah menjadi jurusolek selama dua tahun.

“Ketika itu, saya selalu teman Syatilla ke lokasi penggambar­an jika ada masa terluang. Pada masa sama, saya juga sedang belajar.

“Alhamdulil­lah, saya mula mendapat rezeki dalam bidang seni menerusi beberapa tawaran lakonan pada waktu itu, cuma saya tidak boleh fokus dengan baik. Ramai yang tak tahu, ketika saya aktif mencantikk­an wajah orang lain, saya bangun jam 5 atau 6 pagi untuk menyolek pengantin dan banyak lagi pahit manis yang saya lalui.

“Tiba-tiba, ada pula segelintir orang meletakkan label ‘gold digger’ kepada saya. Sejujurnya, telahan itu tidak wajar diberikan,” katanya pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre.

Pada majlis berkenaan,

The Melvins melancarka­n 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan terbabit.

Enggan namanya terus hilang dalam dunia seni, Syifa akan mempertimb­angkan tawaran lakonan jika ia bersesuaia­n.

“Disebabkan kekangan masa dan perniagaan, saya perlu mendahuluk­an satu komitmen sahaja. Saya mahu fokus kepada satu perkara sahaja.

“Saya risau kalau buat semua perkara nanti, ia tidak akan ke mana. Buat masa sekarang, saya lebih selesa dikenali sebagai ahli perniagaan dan teruja dengan apa yang diusahakan buat masa ini.

“Bagaimanap­un, jika ada skrip bersesuaia­n dan kena pada masanya, Insya-Allah saya akan pertimbang­kan dan kembali ke set penggambar­an. Cuma keutamaan kini lebih kepada perniagaan,” katanya.

Menyentuh mengenai kejayaan perniagaan kosmetik miliknya, Syifa bersyukur apabila dia kini sudah bergelar status jutawan bersama adikberadi­knya.

“Alhamdulil­lah satu perjalanan yang cukup manis buat kami adikberadi­k. Saya bersyukur atas segala limpahan rezeki dan kejayaan yang Tuhan berikan kepada kami.

“Memang sudah menjadi impian kami untuk membantu rakyat Malaysia khususnya ibu tunggal, suri rumah dan pelajar untuk menambah pendapatan bersama perniagaan kami.

“Tak sangka, apa yang kami niat selama ini dimakbulka­n Tuhan dan hari ini Kekasih by The Melvins menerima maklum balas yang sangat memberangs­angkan dan mencetuska­n fenomena luar biasa. Kami nak ubah nasib lebih ramai lagi rakyat di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA adik-beradiknya pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre.
BERSAMA adik-beradiknya pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre.
 ??  ?? MEMPERTIMB­ANGKAN tawaran lakonan jika ia bersesuaia­n.
MEMPERTIMB­ANGKAN tawaran lakonan jika ia bersesuaia­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia