Harian Metro

NOAH ‘DAHAGA’ MUZIK

Walaupun tinggal bertiga mereka cuba adaptasi banyak perkara khususnya teknologi

- Susunan Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my

Walaupun pernah dihimpit kebosanan, kumpulan popular Indonesia, Noah tetap memberi jaminan mereka tidak akan berhenti berkarya.

Penyanyiny­a, Ariel dalam satu temu bual berkata, masih terlalu jauh untuk mereka ‘berhenti’ dan Noah terus ‘lapar’ untuk mengejar ilmu terutama dalam bidang muzik.

“Kami terus memikirkan masa depan Noah. Masih banyak yang kami cari dan kami masih ‘lapar’kan ilmu. Kami akan terus hasilkan lagu serta mempelajar­i teknik baharu dalam bidang muzik. Itu ubat untuk kami atasi kebosanan dalam berkarya,” katanya.

Kumpulan yang turut dianggotai Lukman (gitar) dan David (keyboard) itu baharu menyambut ulang tahun kelapan pada 16 September lalu.

Kumpulan yang bermula dengan nama Peterpan sebelum bertukar nama kepada Noah pada 2012 itu sudah menghasilk­an dua album iaitu Seperti Seharusnya (2012) dan Keterkaita­n Keterikata­n tahun lalu.

Mereka juga menghasilk­an album kompilasi berjudul Second Chance pada 2014 dan Sing Legends (2016) di mana mereka merakam semula lagu daripada penyanyi legenda Indonesia.

Ariel berkata, masih banyak yang ingin mereka teroka dalam bidang muzik dan mereka banyak mengambil pengaruh daripada artis luar negara.

Bukan saja dari aspek muzik, tetapi juga dalam konteks persembaha­n.

“Kami banyak belajar mengenai teknik dalam muzik. Begitu juga dengan aksi persembaha­n artis luar negara. Itu yang kami perlu kejar ke sana. Kenapa orang sanggup bayar tiket mahal untuk menonton konsert mereka? Itu ertinya persembaha­n dan konsert mereka sangat menarik. Buat masa ini, kami belum sampai ke tahap itu,” katanya.

Untuk terus bertahan dan tetap relevan,

Noah cuba beradaptas­i dengan banyak perkara khususnya teknologi muzik yang berkembang pesat.

Mereka turut mendengar muzik popular yang sedang ‘trending’. Dengan cara ini, mereka tidak akan ketinggala­n.

“Dalam tempoh lapan tahun ini, kami banyak mencuba beberapa perkara. Contohnnya dari segi ‘sound’ yang kami hasilkan. Kami masih belajar banyak perkara berkaitan muzik. ‘Tone’ tetap yang kami suka, tapi ia tetap ‘up to date’,” kata pemain keyboard, David.

Dalam pada itu, Noah kini tinggal bertiga selepas pemain dram, Reza meninggalk­an kumpulan itu pada 2014 dan pemain gitar, Uki tahun lalu.

Kedua-duanya meninggalk­an Noah kerana mahu mendalami ilmu agama.

Kami terus memikirkan masa depan Noah. Masih banyak yang kami cari dan kami masih ‘lapar’kan ilmu. Kami akan terus hasilkan lagu serta mempelajar­i teknik baharu dalam bidang muzik. Itu ubat untuk kami atasi kebosanan dalam berkarya

ARIEL

 ??  ?? UKI (dua dari kiri) ketika masih bersama Noah.
UKI (dua dari kiri) ketika masih bersama Noah.
 ??  ?? NOAH kini tinggal bertiga (dari kiri), Lukman, Ariel dan David.
NOAH kini tinggal bertiga (dari kiri), Lukman, Ariel dan David.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia