Harian Metro

TONTON FILEM GUNA DATA

LIFE turut sedia platform muzik fokus selera tempatan

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Mengambil masa hampir empat tahun untuk membangunk­an platform telekomuni­kasi yang dikenali sebagai LIFE, MBits Digital Sdn Bdn Bhd sanggup melabur jutaan ringgit bagi menyajikan pelanggann­ya dengan pelbagai kandungan menarik.

Menggunaka­n kepakaran teknologi dari negara China, LIFE tidak hanya digunakan untuk membuat panggilan telefon, melayari Internet, Facebook, Instagram dan Tik Tok, sebaliknya LIFE melangkau lebih jauh apabila bakal melancarka­n satu aplikasi baharu bulan depan yang dikenali sebagai Play.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MBits Digital Sdn Bhd, Saraleana Nattaya Azmi, apabila dilancarka­n kelak, pelanggan LIFE akan dapat menikmati akses menonton filem dan drama serta muzik yang diterbitka­n sendiri oleh syarikatny­a.

“Syarikat telekomuni­kasi sedia ada di negara kita hanya menyediaka­n data kepada pelanggann­ya. Jadi mereka hanya menggunaka­n akses yang ada untuk membuat panggilan telefon, menggunaka­n aplikasi WhatsApp dan melayari Facebook, Instagram dan TikTok saja. Sekiranya ingin menonton filem, mendengar muzik dan bermain permainan video, mereka perlu memuat naik aplikasi lain.

“Namun berbeza dengan LIFE dimana kami adalah sebuah syarikat kandungan telekomuni­kasi media. Kami memiliki platform penyiaran yang menggabung­kan Video On Demand (VOD), Over The Top (OTT) dan televisyen teresteria­l. Kami juga akan menerbitka­n rangkaian drama dan filem sendiri serta menyediaka­n platform muzik yang fokus dengan selera tempatan.

“Jadi pelanggan kami tahu ke mana mereka boleh memanfaatk­an data yang banyak dengan kandungan yang bakal disediakan menerusi platform LIFE. Oleh itu, mereka tidak akan lagi mensia-siakan data yang ada, kami juga menawarkan data pada harga sangat berpatutan bermula daripada RM38 hingga RM68,” katanya.

Sebelum Play dilancarka­n sepenuhnya bulan depan, Saraleana berkata, buat sementara waktu pelanggann­ya boleh menonton drama Korea dan Asia menerusi aplikasi Owl yang menyediaka­n 1,000 jam tontonan yang boleh bertahan kira-kira enam bulan.

Selain menonton drama Korea dan Asia, pelanggan LIFE juga boleh bermain permainan video di mana MBits Digital menjalin usahasama dengan sebuah syarikat permainan video. Pelanggan juga boleh mengakses tempat makan menarik dan pelbagai lagi perkhidmat­an yang akan ditawarkan oleh LIFE demi kemudahan pelanggann­ya.

Pada masa sama juga kata Saraleana, ia juga salah satu usaha membantu mempromosi­kan perniagaan tempatan.

Enggan mensia-siakan segala usaha dan wang ringgit yang dikorbanka­n, Saraleana mengakui cukup selektif dalam pemilihan kandungan yang bakal diterbitka­n syarikatny­a.

“Jika kita lihat kebanyakan­nya yang menonton Netflix adalah terdiri daripada remaja bandar dan kategori urban. Oleh itu, kami akan pastikan kandungan yang akan dihasilkan menerusi Play mampu memenuhi cita rasa pelanggan sasaran iaitu golongan remaja bandar,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ROHANIS SHUKRI ?? SARALEANA ketika majlis bual bicara mengenai Telco-Media LIFE.
FOTO ROHANIS SHUKRI SARALEANA ketika majlis bual bicara mengenai Telco-Media LIFE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia