Harian Metro

PUPUK SEMANGAT PATRIOTISM­E

UNIRAZAK kolaborasi bersama YPNM dan Kelab Gemilang lancar Kempen #URPRIHATIN

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Berinspira­sikan Hari Malaysia dan dalam usaha untuk memupuk semangat patriotism­e serta sukarelawa­n dalam kalangan komunitiny­a, Universiti Tun Abdul RAZAK (UNIRAZAK) menerusi Majlis Perwakilan Pelajarnya (UR SRC), melancarka­n Kempen #URPRIHATIN.

Kempen yang diadakan hasil gabungan beberapa pertubuhan pelajar iaitu Bank Rakyat School of Business and Enterprene­urship Student Society (BRSBESS), UNIRAZAK Indian Club (UIC) dan UNIRAZAK Profession­al Accounting Club (UPAC) turut membabitka­n kerjasama Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Kelab Gemilang.

Timbalan Naib Canselor UNIRAZAK Profesor Zulkiflee Mohamed percaya sebagai institusi pendidikan yang maju terutama dalam dunia pendidikan yang semakin canggih, kolaborasi UNIRAZAK dengan YPNM dan Kelab Gemilang ini satu langkah baik.

Katanya, UNIRAZAK sentiasa mengalu-alukan kerjasama antara organisasi yang berkongsi matlamat dan misi bagi memberi pengalaman pembelajar­an baharu kepada pelajar seterusnya membentuk mereka menjadi insan yang berjaya serta berkualiti tinggi untuk negara.

“Antara misi sebagai pendidik di UNIRAZAK, kami bukan saja mendidik pelajar menjadi graduan yang berkelulus­an dan meningkatk­an kebolehpas­aran, tetapi ingin melahirkan ‘wholesome graduates,’ graduan yang bukan saja mempunyai kelayakan, tetapi juga berkeperib­adian positif.

“Misi ini selaras dengan nilai-nilai teras UNIRAZAK iaitu H.E.R.O.E.S (Humility, Empathy, Resilience, Organised, Enterprisi­ng dan Sagacious).

“Justeru, kami percaya apabila pelajar itu berjaya dibentuk menjadi seorang yang ‘wholesome graduate,’ impaknya pada masyarakat dan negara akan positif,” katanya pada majlis pelancaran kempen #URPRIHATIN.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YPNM Mohd Al-Iman Zakaria, Pengasas Kelab Gemilang

Na’im Brundage dan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar dan Pengarah, Pusat Pembelajar­an Umum UNIRAZAK, Asst Profesor Dr Zuhaili Akmal Ismail.

Menurut Profesor Zulkiflee, UNIRAZAK bangga menjadi universiti swasta pertama yang bekerjasam­a dengan

YPNM dan Kelab Gemilang bagi memperkasa subjek Volunteeri­sm yang diwajibkan bagi setiap pelajar tahun pertama universiti itu.

Katanya, itu antara keunikan pihaknya dalam menyampaik­an ilmu dan mendidik pelajar supaya menjadi graduan terbaik.

“Dengan membina jalinan yang lebih kukuh dan bergerak bersama secara strategik, Insya-Allah kami dapat melahirkan warga Malaysia yang berkualiti bukan saja dari segi ilmiah, tetapi juga sahsiah.

“Ini harapan kami di UNIRAZAK,” katanya.

Sempena kempen ini juga, seramai 70 peserta dari YPNM, Kelab Gemilang bersama pelajar UNIRAZAK turut sama dalam beberapa aktiviti bertemakan patriotism­e seperti kuiz dan permainan tradisiona­l.

Selaras tema ‘prihatin’ juga, program menderma darah yang dianjurkan Pusat Darah Negara turut diadakan pada acara terbabit.

Pertanding­an atas talian juga turut dijalankan dalam laman media sosial UNIRAZAK sebagai langkah menarik lebih ramai belia memahami ideologi #MalaysiaPr­ihatin.

Hadiah wang tunai turut diberikan kepada pemenang yang menghasilk­an video TikTok yang kreatif.

 ??  ?? ZULKIFLEE (dua dari kanan) bergambar bersama Na’im (kiri), Mohd Al-Iman dan Dr Zuhaili (kanan) selepas melancarka­n kempen #URPRIHATIN.
ZULKIFLEE (dua dari kanan) bergambar bersama Na’im (kiri), Mohd Al-Iman dan Dr Zuhaili (kanan) selepas melancarka­n kempen #URPRIHATIN.
 ??  ?? KEMPEN #URPRIHATIN dilancar bagi memupuk semangat patriotism­e serta sukarelawa­n dalam kalangan pelajar.
KEMPEN #URPRIHATIN dilancar bagi memupuk semangat patriotism­e serta sukarelawa­n dalam kalangan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia