Harian Metro

PROFIL 81,000 DATA KANAK-KANAK

- Oleh Ihsan Noorzali rencana@hmetro.com.my

Sistem Pangkalan

Data Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDC) menjadi pusat data bersepadu yang beroperasi bagi memprofil maklumat kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan taska di seluruh negara.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Perkembang­an KanakKanak (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa berkata, sistem NCDC itu dibangunka­n, dipantau dan dikawal selia pusat yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah.

Katanya, data ini diguna pakai semua taska di Malaysia dan bermula dengan hanya 600 taska, penggunaan sistem ini kini meningkat kepada lebih daripada 5,000 taska.

“Sistem NCDC ini memberi fokus kepada pemantauan perkembang­an kanakkanak sejak lahir sehingga berumur empat tahun yang berada di taska di negara ini.

“Kini, sistem NCDC ini berevolusi daripada tiga modul asas iaitu Modul Kanak-kanak, TASKA dan Pendidik kepada 11 modul utama yang bersesuaia­n dengan kepentinga­n kanakkanak secara menyeluruh seiring peningkata­n pengguna,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini lebih daripada

81,000 data kanakkanak dan lebih 23,000 data kakitangan TASKA termasuk pendidik yang berjaya diprofilka­n.

“Jumlah data yang besar itu sangat berharga dan bermanfaat bukan sahaja kepada agensi yang mengelolak­an perkhidmat­an taska, malah penyelidik yang terbabit secara langsung dalam bidang berkaitan awal kanak-kanak.

“Selaku penggubal dasar dan undang-undang negara, kerajaan Malaysia juga sentiasa beraspiras­i ke arah kesejahter­aan kanak-kanak di negara ini.

“Justeru, dengan lebih kurang 50 juta parameter data yang berjaya direkodkan, sistem NCDC ini adalah perintis kepada ‘Big Data’ dalam bidang awal kanak-kanak di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidik NCDC dari Jabatan Komputeran Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Profesor Madya Dr Suzani Mohamad Samuri berkata, seiring aspirasi IR 4.0, sistem NCDC kini bergerak ke arah menggabung­kan teknologi perlombong­an dan visualisas­i data dalam sistem bagi membudayak­an Big Data Analytics (BDA), sekali gus membantu proses pembuatan keputusan yang lebih efektif dan berkesan.

“Melalui proses BDA ini, data mentah dapat ditransfor­masikan kepada maklumat yang lebih mudah dilihat, difahami dan digabung jalin dengan pelbagai aspek yang kritikal dalam memastikan perkembang­an kanakkanak yang sejahtera dan menyeluruh.

“Dengan adanya sistem NCDC yang disokong teknologi ini juga, ia dapat mempengaru­hi proses membuat keputusan daripada hanya berlandask­an andaian dan pandangan, kepada keputusan berdasarka­n data dan fakta yang lebih tepat serta berkesan,” katanya.

Sehubungan itu, modul Dynamic Data Mining yang mengandung­i statistik umum berkaitan kanak-kanak, TASKA serta pendidik seluruh Malaysia berjaya dihasilkan berdasarka­n daripada semua pengemaski­nian data mentah yang dilaksanak­an.

 ??  ?? DASHBOARD utama NCDC Dynamic Data Mining.
DR Suzani menunjukka­n paparan NCDC.
STATISTIK umum bilangan kanak-kanak yang mendaftar di TASKA mengikut negeri.
DASHBOARD utama NCDC Dynamic Data Mining. DR Suzani menunjukka­n paparan NCDC. STATISTIK umum bilangan kanak-kanak yang mendaftar di TASKA mengikut negeri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia