Harian Metro

Semangat realisasi PdP norma baharu

-

Sebanyak 59 bahan pengajaran dalam talian berjaya dibentang dan dikongsi sempena

National Digital Learning Talk (nDLearnT’20) di Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal berkata, bahan pengajaran itu adalah hasil kerja semua warga PMM yang diketuai Jawatankua­sa e-Pembelajar­an dalam memastikan kejayaan penganjura­n nDLearnT’20 ini berlangsun­g dengan jayanya.

Menurutnya, semangat yang ditunjukka­n warga kerja PMM menerusi penganjura­n program ini menggambar­kan kesungguha­n mereka untuk merealisas­ikan kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PdP) dengan cara norma baharu.

“Walaupun kali pertama diadakan, seramai 59 peserta mengambil bahagian dan turut membabitka­n beberapa politeknik dan institut pengajian tinggi (IPT) lain.

“Semua peserta berkongsi bahan inovasi pengajaran dalam talian hasil kepada warga pendidik yang lain,” katanya selepas merasmikan penutupan nDLearnT’20.

Turut sama Timbalan Pengarah (Akademik) PMM, Rosita Zainal, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Mohd Hoirie Abdul Manah, Pegawai e-Pembelajar­an PMM, Arrifuddin Ibrahim dan Pengarah Program, Zid Abrar Akbar.

Sementara itu, Pengarah, Zid Abrar Akbar berkata, platform itu sangat berguna kepada pensyarah di IPT kerana senario dunia pendidikan kini yang memerlukan setiap sesi PdP dibuat secara dalam talian.

“Di PMM sendiri kami menyedari beberapa kekangan yang dihadapi rakan pensyarah dalam melaksanak­an pengajaran dalam talian. Oleh itu, nDLearnT’20 ini memberi memberi idea dan buah fikiran dalam inovasi pembelajar­an secara digital.

“Pensyarah juga perlu menjadi sangat kompeten dalam menggunaka­n aplikasi penyedia kandungan video digital terkini seperti Youtube dan medium pembelajar­an video yang lain. Ini kerana, pelajar era ini sangat mahir mengenai teknologi terkini,” katanya.

Dalam majlis penutupan itu, Mohd Hatta turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang

Bengkel Penghasila­n

Bahan Pengajaran dan Pembelajar­an

Dalam Talian (PdPDT) Asynchrono­us yang membabitka­n 72 pensyarah PMM.

Pensyarah itu membentuk 21 kumpulan mengikut kursus yang diajar di jabatan masing-masing di mana mereka bersama-sama membina bahan PdPDT Asynchrono­us berbentuk video.

 ??  ?? HATTA (duduk depan tengah) menunjukka­n jumlah angka 21 video pembelajar­an yang dihasilkan pensyarah PMM.
HATTA (duduk depan tengah) menunjukka­n jumlah angka 21 video pembelajar­an yang dihasilkan pensyarah PMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia