Harian Metro

BAYI JATUH TEMPAT TINGGI

Jika serius kesan kemalangan cukup besar kerana organ si kecil masih ‘lembut’

-

“Apabila bayi mula membesar dan mampu bergerak sendiri, mereka ini lebih terdedah pelbagai risiko termasuk insiden jatuh ketika dalam rumah.

“Didorong kecuaian penjaga yang mana meninggalk­an anak sendirian sebentar di kedudukan tinggi termasuk atas katil ketika menyalin lampin, berhampira­n dengan plag atau wayar tertentu dan berdekatan objek merbahaya seperti bucu meja yang tajam.

“Tidak lupa juga penggunaan barangan atau objek tertentu termasuk permaidani tidak melekat pada lantai dan alat membantu pergerakan bayi boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Kata Dr Raja Salihatunn­isa, kesan kemalangan itu cukup besar terutama kepada bayi kerana organ masih dalam peringkat pembesaran dan ‘lembut.’

“Kalau kemalangan itu serius komplikasi dihadapi kanak-kanak atau bayi boleh menjadi kecederaan otak kekal, tulang patah dan tumbesaran terbantut. Manakala kalau membabitka­n organ vital seperti jantung dan sebagainya boleh berlaku pendarahan serius akhirnya kehilangan nyawa.

“Selepas anak jatuh, ibu bapa mendapati terdapat gejala seperti muntah lebih dua kali, keluar darah atau lendiran daripada telinga, sukar terjaga dari tidur dan sawan, perlu segera dibawa ke hospital bagi pemeriksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Ahli Fisioterap­i KPJ Rawang Mohamed Elfiruddin

Elfian berkata, rawatan susulan cukup penting dalam membantu proses pemulihan lebih baik buat kanak-kanak.

Peranan pihaknya bergantung kepada tahap kecederaan kanak-kanak dan ibu bapa disarankan membantu dalam proses menjalani terapi termasuk mempelajar­i rutin yang mudah.

“Biasanya peranan kami ketika mengendali­kan kanak-kanak ialah menilai terlebih perkembang­an mereka. Kami bantu kanak-kanak untuk kawal pergerakan termasuk tertib duduk, bergolek, berjalan dan sebagainya.

“Termasuk dalam peranan itu, kami akan menghalang refleks dan corak pergerakan tidak normal dan itu perlu dipelajari ibu bapa.

“Dalam kes ini biasanya adalah senaman regangan pasif dilakukan untuk mengelakka­n otot menjadi pendek dan kehilangan julat pergerakan,” katanya.

Biasanya rutin senaman atau terapi bermula dengan bahagian tertentu.

“Ia mengikut bahagian tubuh dimulai bahagian atas badan seperti tangan dan kira dalam kiraan 10 dan ulangan sebanyak 10 kali. Sambung pula bahagian kaki atau separuh badan dan ke bawah,” katanya.

Beliau juga memberi menasihati ibu bapa yang tidak mengendahk­an aspek rawatan susulan dan terapi boleh menyebabka­n anak yang berpeluang untuk sembuh dan normal menghadapi gangguan dalam proses pembesaran.

Selepas anak jatuh, ibu bapa mendapati terdapat gejala seperti muntah lebih dua kali, keluar darah atau lendiran daripada telinga, sukar terjaga dari tidur dan sawan, perlu segera dibawa ke hospital bagi pemeriksaa­n

 ??  ?? IBU bapa meninggalk­an anak mereka seketika antara kebanyakan kecuaian dilakukan menyebabka­n anak jatuh.
IBU bapa meninggalk­an anak mereka seketika antara kebanyakan kecuaian dilakukan menyebabka­n anak jatuh.
 ??  ?? OTAK cedera antara komplikasi kecederaan jatuh serius dan menyebabka­n kecacatan kekal.
TERAPI bantu anak pulih dengan baik.
BALUT tangan patah dengan selimut selain kain sebagai ampu bahagian tercedera.
OTAK cedera antara komplikasi kecederaan jatuh serius dan menyebabka­n kecacatan kekal. TERAPI bantu anak pulih dengan baik. BALUT tangan patah dengan selimut selain kain sebagai ampu bahagian tercedera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia