Harian Metro

KENALI BEDAK ASAS

Pemilihan salah beri kesan penampilan hasil solekan mahupun pada kesihatan kulit

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bagi anda yang jarang mengenakan alat solek mahupun baharu mengetahui mengenai solekan, biasanya buntu produk mana bersesuaia­n.

Dalam asas solekan, bedak asas antara paling penting dan kesesuaian­nya diteliti.

Ini kerana bedak asas antara bahan solek yang disapu secara langsung pada permukaan kulit.

Pemilihan salah boleh memberi kesan baik dari segi penampilan hasil solekan mahupun kepada kesihatan kulit.

Anda yang mempunyai kulit kering, bedak asas jenis cecair atau mempunyai pelembap tambahan lebih sesuai dan memberi kemasan baik seperti bedak ‘matte’.

Sementara untuk kulit berminyak, bedak berkenaan tidak sesuai kerana muka boleh tampak berkilauan selain menyebabka­n solekan tidak ‘melekap’ dengan baik.

1. Bedak asas jenis krim

Memiliki tekstur yang lebih padat dan tebal daripada bedak asas lain dan selalunya dipakai untuk solekan tebal.

Mudah untuk menutupi kulit ada bekas jerawat atau masalah kulit kering. Selalu digunakan dalam solekan pengantin.

Perlu pastikan teknik ‘blend’ atau campuran serasi supaya tidak nampak terlalu menonjol berbeza dengan kulit bahagian lain muka selain menyebabka­n tona tidak sekata.

2. Bedak asas jenis cecair

Bedak ini lebih mudah dikendalik­an selain sesuai untuk hampir semua kulit dalam memberi rupa gaya solekan nampak semula jadi.

Malah, bedak ini boleh digunakan untuk litupan ringan, sederhana mahupun tebal.

Penggunaan span solek dan berus asas boleh bantu ratakan tona kulit selain berikan kelembapan tambahan kepada kulit. Boleh digunakan dalam solekan formal atau bersantai.

3. Bedak asas jenis kompak

Antara kaedah lebih konservati­f dan ringkas kerana didatangka­n dalam pek lengkap dengan span sapu serta cermin.

Tekstur yang ringan dan biasanya didapati dalam bentuk tepu menyebabka­n ia tidak tahan lama di permukaan kulit serta perlu diperbaiki selalu.

Biasanya dipakai selepas bedak asas cecair dan digunakan sebagai kemasan akhir solekan. Tidak sesuai untuk solekan bagi aktiviti mudah berpeluh atau di luar. 4. Bedak asas jenis serbuk

Seperti bedak kompak, tekstur bedak ini lembut dan ringan. Jadi, ia sering digunakan sebagai kemasan akhir solekan.

Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, bedak jenis ini bantu mengelak masalah tona solekan tidak sekata. Gunakan berus lebih halus untuk litupan lebih baik.

 ??  ??
 ??  ?? TEKSTUR bedak asas berbeza.
PEMAKAIAN bedak asas perlu disesuaika­n mengikut kulit.
TEKSTUR bedak asas jenis kompak dan serbuk lebih ringan.
TEKSTUR bedak asas berbeza. PEMAKAIAN bedak asas perlu disesuaika­n mengikut kulit. TEKSTUR bedak asas jenis kompak dan serbuk lebih ringan.
 ??  ??
 ??  ?? CAMPURAN bedak asas (blend) perlu sesuai supaya solekan asas lebih semula jadi.
CAMPURAN bedak asas (blend) perlu sesuai supaya solekan asas lebih semula jadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia