Harian Metro

Wolff atasi rasa gementar

-

New York:

Matthew Wolff mempunyai peluang untuk melakar sejarah merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) namun pemain berusia 21 tahun itu perlu mengatasi rasa gementar bagi memastikan kejayaan dalam arena golf.

Wolff membenam lima bawah par 65 untuk mendahului dengan dua pukulan di Winged Foot menjadikan pemain termuda berjaya mendahului Terbuka AS selepas 54 lubang sejak 1975.

Dia boleh menjadi pemain termuda yang membuat penampilan pertama di Terbuka AS merangkul kemenangan sejak Francis Ouimet pada 1913 pada hari ulang tahun yang ke-107 kejohanan itu.

Selepas berkongsi kedudukan keempat ketika membuat penampilan sulung dalam siri Kejuaraan PGA, timbul beberapa keraguan sama ada Wolff boleh merangkul kejayaan atau tidak.

“Ia sangat awal dalam karier saya tapi saya rasa, saya mempunyai peluang untuk menang,” kata Wolff.

“Saya rasa saya sudah bersedia untuk menang di sini dan menang kejohanan utama.

“Saya sudahpun menang Jelajah PGA dan saya tahu permainan saya berada di tahap yang amat baik. Saya berasa sangat baik dan yakin.”

Wolff yang muncul juara di Minneapoli­s tahun lalu dan beraksi di Jelajah PGA buat kali ketiga, mula memikirkan mengenai ejennya.

Ejen Wolff, sedang bertarung dengan penyakit kanser perut sehingga berjaya mengetepik­an masalah yang dihadapi di lapangan golf.

“Ini hanya golf, walaupun ia kejohanan Terbuka AS. Ejen saya, John sedang bergelut sekarang dengan masalah kesihatann­ya. Saya lebih banyak memikirkan masalah dia,” kata Wolff. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia