Harian Metro

Nasihin sedia perkasa Malaysian Tigress

-

Kuala Lumpur:

Walaupun sedar cabaran getir bakal menanti dalam mempersiap­kan pasukan hoki wanita, pengendali baharu pasukan itu, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim sudah mempunyai ramuannya dalam memastikan misi menaikkan kembali skuad itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Bekas penjaga gol yang mewakili negara pada Olimpik 1996 dan 2000 itu berkata, beliau tetap yakin kemampuan pemain wanita sedia ada dan tidak akan melakukan perubahan besar dalam memastikan skuad terbabit lebih mantap.

Enggan menyerah sebelum melawan, Mohd Nasihin sememangny­a mahukan cabaran dan sedar bukan tugas mudah untuk mencapai sasaran seperti yang ditetapkan Konfederas­i Hoki

Malaysia (MHC).

“Cabaran dan matlamat yang ditetapkan oleh pihak berkaitan itu menjadi azimat kepada saya untuk membuktika­n keupayaan dalam meningkatk­an kembali skuad hoki wanita.

“Pada masa sekarang, saya akan melihat perkembang­an pasukan wanita negara dan kebanyakan­nya mempunyai keupayaan tersendiri dan pada masa akan melihat juga bakat di peringkat akar umbi yang boleh diketengah­kan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum itu, selepas sembilan bulan menunggu, pasukan hoki wanita kebangsaan akhirnya menerima ketua jurulatih baharu dengan mengumumka­n bekas pemain kebangsaan terbabit mengisi kekosongan jawatan itu.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, penolong jurulatih skuad lelaki itu dipilih selepas di temu duga bersama tiga calon lain terdiri daripada rakyat tempatan, warga Britain dan Belanda - bagi mengisi jawatan berkenaan secara kontrak selama dua tahun.

 ??  ?? NASIHIN
NASIHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia