Harian Metro

‘Puas hati menang’

Rantai tercabut antara cabaran Akmal sebelum muncul juara

- Oleh Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Rantai tercabut antara ujian getir buat pelumba Team Sapura Cycling (TSC) Akmal Hakim Zakaria sebelum muncul juara kategori lebuhraya elit Kejohanan Berbasikal Malaysia di Melaka semalam.

Apapun, dia kental untuk terus bersaing sekali gus memintas juara tahun lalu, Nur Amirull Fakhruddin dari Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) pada saat akhir sebelum ke garisan penamat.

Bagi Akmal dia nyata puas dengan kejayaan manis itu selepas sekadar berada di tangga kedua musim lalu di belakang Nur Amirull.

Paling menakjubka­n berikutan dia terpaksa berhenti kira-kira 30 saat berikutan rantai basikalnya yang tercabut ketika baki perlumbaan hanya kira-kira lima kilometer.

Menurutnya, dalam cemas dia tetap tenang selepas tercicir akibat situasi berkenaan, justeru sebaik rantai dibetulkan dia terus bertindak untuk kembali mengejar semula kelompok di laluan berbukit.

“Saya sememang berazam untuk menyarung jersi Malaysia

ini yang juga menjadi impian mana-mana pelumba, justeru dengan penuh kudrat dan kesungguha­n akhirnya ianya menjadi kenyataan.

“Hadir dengan hanya tiga pelumba sahaja dari TSC berikutan dua lagi mengalami kecederaan dan melangsung­kan perkahwina­n sedangkan pasukan pencabar terutama TSG dengan skuad penuh sudah pasti saingan ini amat mencabar,” katanya.

Tempat ketiga dimenangi Muhammad Afiq Huznie Othman yang juga pelumba TSG.

Sementara itu, pemenang lebuhraya lelaki bawah 23 tahun , Shahmir Aiman Abdul Halim (Terengganu A) berazam meraih emas di Sukma Johor 2021.

Dia yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 3:09.48 saat menewaskan dua pencabar terdekat Muhammad Hakim Ajis dari (TSC) yang mencatat 3:12.34s dan Muhammad Hafizul Asyraf Jaafar dari Johor A (3:12.45s).

Anak jati Kampung Pangkalan Balak Melaka itu berkata, dia tidak menyangka muncul juara kategori berkenaan berikutan saingan hebat semua pelumba yang bertanding Beliau berkata, kejayaan berkenaan juga pencapaian pertamanya dalam kejohanan besar walaupun sudah mewakili Terengganu sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, kemenangan itu membakar semangatny­a untuk meraih kejayaan di Sukma kelak selepas kecewa dua tahun lalu.

Sementara itu, dalam acara wanita elit pelumba Johor A, Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad muncul juara diikuti dua atlit Terengganu A, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Nurul Najwa Mohamad Fauzi di tangga kedua dan ketiga.

 ??  ?? AKMAL dijulang rakan sepasukan selepas muncul juara kategori lebuhraya elit di Melaka.
AKMAL dijulang rakan sepasukan selepas muncul juara kategori lebuhraya elit di Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia