Harian Metro

‘Menang besar bukan nasib’

- Oleh Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru:

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menepis tanggapan sesetengah pihak yang menyifatka­n kemenangan besar 6-1 ke atas Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, bergantung nasib semata-mata.

Sebaliknya pengendali kela- hiran Mexico itu menegaskan kejayaan itu berpunca daripada kesungguha­n setiap pemain yang tahu tanggungja­wab yang dipikul dan beraksi dalam satu pasukan tanpa beraksi secara individu.

“Secara peribadi saya tidak percaya kami bernasib baik untuk menang, sebaliknya saya lebih percaya untuk membentuk corak permainan yang ampuh untuk mencapai keputusan yang positif.

“Apa yang terjadi ketika ini, menang 7-0 ke atas Perak dan kini menang 6-1 ke atas Selangor, adalah keinginan tinggi setiap pemain

JDT yang mahu melakar kemenangan dalam setiap perlawanan yang diharungi. Jika pemain tidak dahagakan kemenangan, kami berdepan masalah,” katanya.

Mora juga berpuas hati dengan permainan Fadhli Shas yang menggantik­an Mauricio Dos Santos yang tidak dapat beraksi akibat penggantun­gan satu perlawanan berganding­an bersama Aidil Zafuan Abd Radzak selepas membentuk benteng pertahanan yang ampuh.

Sementara itu, pengendali Selangor, B Sathianant­han mengakui silap percaturan menjadi punca kekalahan besar itu tatkala ada beberapa pemain yang belum bersedia untuk diturunkan tetapi berada dalam skuad utama. “Apabila babak pertama saya terpaksa keluarkan Safuwan (Baharudin) dan memasukkan pemain muda, jelas posisi tengah begitu goyah tanpa Safuwan dan tidak dinafikan aksi babak pertama kita berjaya beraksi dengan baik.

“Namun, apabila gol pertama JDT hadir di hujung babak pertama dan disusuli sepakan penalti di awal babak kedua, tak tau lah ...ada orang kata bukan penalti... tapi nak buat macam mana. Bermula dari situ permainan pemain kita mula goyah,” katanya.

Saya lebih percaya untuk membentuk corak permainan yang ampuh Mora

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia