Harian Metro

Kelab penyokong kecewa, gesa TFC cari punca tiga kali tewas

- Oleh Malik Muhamad am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu:

Kecewa dengan kekalahan mengejut kepada pendatang baharu Liga Super, UiTM FC kelmarin, Kelab Penyokong Bolasepak TFC menggesa barisan jurulatih skuad Terengganu FC (TFC) melakukan bedah siasat ke atas kemerosota­n prestasi pasukan.

Malah kekalahan tiga kali berturut-turut jelas membuktika­n skuad Penyu itu perlu ‘dirawat’ bagi memastikan misi untuk menggapai tempat kedua teratas liga menjadi kenyataan.

Presidenny­a, Mohd Isa Che Ariffin berkata, barisan jurulatih skuad Penyu itu perlu melakukan bedah siasat bagi mengelak pasukan itu terus dirundung malang.

Bagaimanap­un beliau berkata, dalam bola sepak apa-apapun boleh berlaku, malah peluang skuad Penyu untuk mengintai kedudukan kedua teratas liga belum tertutup rapat kerana masih mempunyai baki tiga perlawanan lagi.

Menurut Mohd Isa, kelab penyokong percaya dengan kombinasi tiga jurulatih muda yang diketuai Nafuzi Zain, Subri Sulong dan bekas kapten kebangsaan, Rosdi Talib, malah barisan pemain juga tidak kurang hebatnya seperti Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedo­v dan penjaring terbanyak liga setakat ini, Dominique da Sylva. “Tapi jurulatih perlu melakukan bedah siasat segera selepas merekod tiga kekalahan berturut-turut termasuk kepada UiTM yang boleh dikatakan keputusan mengejutka­n.

“Kami lihat banyak kekurangan terutama daripada segi jentera serangan dan barisan pertahanan TFC tidak seperti mana perlawanan sebelum ini.

“Malah semangat merekapun nampak kurang sikit selain kerap melakukan kesilapan mudah dan banyak lepaskan peluang yang ada.

“Bagi kami sebelum beraksi dalam tiga perlawanan lagi terutama Jumaat ini bertemu pasukan di tangga tercorot liga PDRM, motivasi tinggi amat diperlukan pemain selain jurulatih dapat lakukan sesuatu untuk melakar kemenangan,” katanya.

Kami lihat banyak kekurangan terutama daripada segi jentera serangan

Mohd Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia