Harian Metro

Lion Troops luar biasa!

Bernhardt optimis anak buah mampu akhiri kempen liga di tangga kedua

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt menegaskan tiada apa yang mustahil dalam bola sepak termasuk peluang untuk menamatkan kedudukan di tangga kedua Liga Super musim ini.

Bersaing dengan 11 pasukan yang memiliki bajet dan reputasi hebat selain penggunaan pemain bertaraf profesiona­l langsung tidak mematahkan motivasi pasukan UiTM yang kebanyakan­nya adalah pelajar dan pemain separuh profesiona­l.

Begitupun, anak buah Bernhardt membuktika­n sebaliknya apabila wang bukanlah segala-galanya tetapi semangat dan penerapan taktikal yang tepat adalah kunci kejayaan skuad The Lion Troops itu.

Kemenangan terbaharu mengejutka­n Terengganu FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, malam kelmarin berjaya melonjakka­n kedudukan pasukan Universiti itu di tangga ketiga dengan 13 mata.

“Segalanya berkemungk­inan (tamatkan saingan tempat kedua), tapi bagi saya apa yang lebih penting adalah tiga mata.

“Kerana yang penting kami dah terlepas daripada zon penyingkir­an dan itu adalah sasaran awal kami.

“Apa yang akan berlaku selepas ini kami akan hadapinya. Buat masa ini, pemain perlukan rehat dan pasukan akan ambil pendekatan satu demi satu perlawanan, dan lihat kedudukan carta liga dari semasa ke semasa,” kata pengendali dari Jerman itu.

Dalam aksi yang berlangsun­g sengit itu, tuan rumah terlebih dulu mendahului menerusi Arif Anuar pada minit keempat sebelum pelawat menyamakan jaringan menerusi penalti yang disempurna­kan Lee Tuck di minit ke-38.

Tonggak import UiTM, Victor Nirennold muncul wira apabila meledak gol kemenangan menerusi satu sepakan voli menarik pada minit ke-60 yang gagal dihalang penjaga gol pelawat.

Sementara itu, jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui tuan rumah lebih bersedia dan berhak untuk meraih tiga mata.

“Lawan UiTM bukannya mudah, tempo yang tinggi, kita tahu mempunyai work rate pemain muda yang bagus serta pemain import yang memiliki kelebihan fizikal, dan malam ini (kelmarin) adalah aksi sukar untuk kami.

“Pemain saya bermain dengan baik, mencipta peluang dan sebagainya tetapi ada beberapa ketika yang pemain saya leka dan dihukum. Kami tidak memanfaatk­an peluang yang ada,” kata Nafuzi.

 ??  ?? ARIF Anuar (kanan) meraikan gol pertama buat UiTM bertemu TFC.
ARIF Anuar (kanan) meraikan gol pertama buat UiTM bertemu TFC.
 ??  ?? BERNHARDT
BERNHARDT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia