Harian Metro

CECAIR APA?

Tindakan sebar video pusara dipenuhi cecair merah tidak jaga perasaan ahli keluarga arwah

- Oleh Zuliaty Zulkiffli dan Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Sebuah video tular memaparkan cecair berwarna merah seakan darah di atas sebuah pusara di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Alor Setar, menimbulka­n tanda tanya orang ramai. Pihak berkuasa agama meminta warga maya menghentik­an penyebaran video.

Polis pula sudah memulakan siasatan, lapor Zuliaty Zulkiffli dan Noorazura Abdul Rahman

Orang ramai diminta supaya berhenti daripada membuat andaian dan tidak terus menularkan video kubur berdarah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga di sini, kelmarin.

Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar berkata, sehingga kini pihaknya sedang menunggu siasatan pihak polis sebelum mengulas lanjut mengenai isu terbabit.

“Sebagai pegawai agama daerah, saya nasihatkan supaya tidak menularkan video demi menjaga sensitivit­i dan perasaan ahli keluarga mangsa.

“Pihak saya tidak dapat mengesahka­n perkara ini dan keputusan sebenar memerlukan hasil siasatan forensik,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Faisol berkata, beliau sudah turun padang melihat keadaan kubur ditularkan di media sosial itu.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat buat sebarang pengesahan berhubung cecair berwarna merah di kubur selain ia sudah ditimbus dengan tanah.

“Kita serahkan kepada pihak polis memandangk­an kes terbabit dalam siasatan pihak berwajib,” katanya ketika

dihubungi.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapat maklumat daripada sumber boleh berpegang mengenai kejadian sebenar.

Malam kelmarin, beberapa gambar dan video kubur

berdarah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi 19 saat berkenaan memaparkan kejadian aneh menggempar­kan masyarakat setempat hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu.

 ??  ??
 ??  ?? KUBUR yang dikatakan mendap dan mempunyai cecair merah seakan darah yang tular di laman sosial di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Jalan Langgar.
KUBUR yang dikatakan mendap dan mempunyai cecair merah seakan darah yang tular di laman sosial di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Jalan Langgar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia