Harian Metro

Perhilitan pantau gajah guna dron

-

Johor Bahru:

Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor akan membuat pemantauan pergerakan gajah menerusi dron bagi mengesan pergerakan kawanan gajah yang memasuki kawasan Felda di Mersing.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban, berkata ia susulan dua kumpulan gajah dilaporkan memusnahka­n tanaman peneroka di Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing, sejak dua minggu lalu.

Katanya, tindakan kawalan gajah oleh Jabatan Perhilitan Johor dilakukan pada Selasa lalu di Felda Tenggaroh 5 , selepas mendapat aduan peneroka di sana.

“Namun tindakan kawalan tidak dilakukan di Felda Tenggaroh Timur 1 selepas dimaklumka­n oleh pengadu bahawa kumpulan gajah terbabit didapati bergerak ke arah Felda Tenggaroh 5.

“Pengurusan Felda Tenggaroh 5 juga turut membuat aduan pada hari yang sama.

“Perhilitan Johor akan membuat kawalan dan pemantauan menggunaka­n dron apabila cuaca mengizinka­n bagi mengetahui arah pergerakan kumpulan gajah ini, sekali gus membuat tindakan kawalan bagi mengelakka­n haiwan berkenaan terus memasuki kawasan ladang Felda,” katanya.

Beliau mengulas aduan peneroka Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing yang dilaporkan kebimbanga­n selepas lebih 1,000 tanaman sawit mereka dimusnahka­n kawanan gajah dalam tiga kejadian berasingan sejak dua minggu lalu.

Hasil penelitian peneroka dan pengurusan Felda Tenggaroh

Perhilitan Johor akan membuat kawalan dan pemantauan menggunaka­n dron bagi mengetahui arah pergerakan kumpulan gajah ini, sekali gus membuat tindakan kawalan bagi mengelakka­n haiwan berkenaan memasuki ladang Felda”

Salman

Timur 1, dilaporkan ada dua kawanan gajah yang menyerang di Felda berkenaan iaitu kawanan gajah dari Hutan Simpan Jemaluang dan kawanan gajah Sedeli.

Mengulas lanjut, Salman berkata, pengurusan Felda turut diminta untuk membantu membuat kawalan jika terdapat kawanan gajah yang cuba memasuki kawasan berkenaan.

“Segera maklumkan kepada Perhilitan jika kumpulan gajah masuk semula ke kawasan ladang untuk tindakan susulan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia