Harian Metro

Tak putus doa harap keajaiban

-

Kota Bharu:

Hampir sebulan kejadian berlaku, Rosidah Abdul Manaf tidak pernah berputus asa berdoa supaya jasad anaknya yang hilang di lautan dekat New South Wales, Australia ditemui.

Kata ibu berusia 54 tahun itu, walaupun harapan tipis untuk menemui Nik Hafizi Nik Long, 25, dia tetap enggan berserah dan terus berdoa supaya ada keajaiban yang berlaku.

“Setiap kali solat, saya tidak pernah putus mendoakan supaya kematian anak saya bertanda walaupun tidak dibawa pulang ke tanah air.

“Buntu apabila memikirkan nasibnya apatah lagi maklumat diterima daripada anak saudara di Australia memaklumka­n yang pihak berkuasa sudah menamatkan operasi selepas seminggu tragedi berlaku.

“Apa lagi yang dapat mak cik lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa supaya jasad

Nik Hafizi ditemui,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nik Hafizi yang juga anak kelima daripada lapan beradik dilaporkan hilang selepas tergelinci­r di Little Beach, New South Wales pada 29 Ogos lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, pemuda itu dikatakan bersama lima sepupunya ke lokasi berkenaan untuk memancing.

Dalam pada itu, Rosidah berkata, keluargany­a juga kerap mengadakan solat hajat bagi mendoakan roh anaknya dan agar semua urusan dipermudah­kan.

Dia yang sebelum itu sudah lima tahun tidak berjumpa anaknya berharap agar rakyat Malaysia turut mendoakan agar jasad anaknya ditemui dalam masa terdekat.

“Insiden itu mengubah kehidupan mak cik, tiada lagi panggilan telefon daripadany­a setiap minggu seperti kebiasaan.

“Mak cik rindu dan adakalanya menangis apabila terkenangk­an dia terutama apabila bersendiri­an,”

katanya.

 ??  ?? ROSIDAH menunjukka­n gambar Nik Hafizi.
ROSIDAH menunjukka­n gambar Nik Hafizi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia