Harian Metro

Lumba bina bangunan tinggi

Apabila bangunan hebat ini berdiri megah, maka kehidupan manusia akan sedikit sebanyak berubah ke arah keduniaan dan meminggirk­an kehidupan akhirat

-

alah satu tanda yang semakin jelas kelihatan pada zaman ini adalah munculnya bangunan pencakar langit (skyscaper) di seluruh dunia. Isyarat ini dinyatakan oleh Baginda Nabi SAW dalam beberapa hadis yang berkaitan dengan tanda kiamat. Nabi SAW bersabda maksudnya: “Tidak akan berlakunya kiamat sehingga manusia berlumba-lumba meninggika­n bangunan.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari Al-Fitan, hadis no.7121)

Keadaan seperti ini muncul tidak lama selepas kewafatan Baginda Nabi SAW apabila masyarakat Islam pada ketika itu mula bermegah-megah dengan mendirikan bagunan dan memperinda­hkan rumah mereka. Perkara ini berlaku apabila umat Islam dilimpahka­n dengan harta yang banyak sehingga dapat menakluki negara luar dan mengembang­kan kekuasaann­ya.

Situasi ini menjadi lebih parah apabila ramai antara mereka mula dijangkiti dengan penyakit umat sebelum ini iaitu berlumba-lumba mengumpulk­an harta dan menggunaka­nnya untuk perkara di luar dari pandangan syarak.

Penduduk luar bandar yang pada ketika itu dalam keadaan fakir dan miskin turut dihamparka­n dengan kekayaan dunia sehingga mereka berlumba-lumba membina bangunan bertingkat dalam pelbagai bentuk yang berbeza.

Perkara ini berlaku sebagai mana kata Baginda Nabi SAW kepada Malaikat Jibril ketika Jibril bertanya kepada Baginda mengenai waktu berlakunya kiamat. Maka sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Dan kamu akan melihat pengembala kambing yang bertelanja­ng kaki dan dada lagi miskin berlumba-lumba meninggika­n bangunan.”

(Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis no.8)

Dalam Riwayat lain, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggika­n bangunan maka itulah di antara tanda hari kiamat.”

(Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis no.9)

Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaska­n maksud berlumba-lumba dalam meninggika­n bangunan ialah apabila seorang mendirikan bangunan, maka akan ada mereka yang lain ingin membina bangunan yang lebih tinggi dari yang sebelumnya. Perkara ini akan berterusan sehingga saat terhenti apabila kiamat tiba.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya daripada tanda-tanda kiamat iaitu kamu akan melihat pengembala kambing menjadi pemimpin dan kamu akan melihat pengembala ternak yang telanjang kaki dan dada serta kelaparan akan berlumba-lumba dalam kemewahan bangunan dan orang gaji akan melahirkan tuannya.”

(Hadis Riwayat Syuib Ar-Nauut Al-Iman- Sunan Dar al-Qutniy 3639)

Semua hadis di atas menjelaska­n satu bentuk perubahan kepada kondisi manusia yang dikenali dengan keadaan miskin, lemah dan tidak berkemampu­an kemudian berubah menjadi hebat, kuat dan kaya dalam tempoh yang singkat.

Isyarat ini dapat disaksikan secara langsung dalam beberapa dekat ini dengan kawasan tanah Arab yang sinonim dengan padang pasir dan sumber minyak menjadi tempat terkenal dengan pembanguna­n dan kemodenan yang melangkaui negara membangun yang lain.

Bangunan moden yang mencapai ketinggian luar biasa dilihat dibina dan sedang dibina dalam tempoh 10 tahun terkini.

Berdasarka­n takrifan, bangunan pencakar langit ini ialah sebuah bangunan yang mempunyai struktur meninggi yang mencapai ketinggian minimum 224 meter. Ketinggian minimum ini meletakkan banyak bangunan dunia menjadi salah sebuah bangunan pencakar langit yang terkenal. Pembinaan bangunan pencakar langit ini semakin mendapat perhatian negara seluruh dunia dengan perancanga­n dan pembinaan yang secara tidak langsung melonjak nama sesebuah negara tersebut.

Hari ini, negara Timur Tengah menjadi antara negara yang paling banyak membina bangunan pencakar langit selepas China dan Hong Kong. Dalam tempoh 10 tahun terkini sahaja bangunan hebat dibina di Dubai, Arab Saudi dan Kuwait. Burj Khalifa di Dubai masih memegang rekod bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 828 meter dan 163 tingkat. Shanghai Tower dengan 632 meter diikuti dengan Makkah Royal Clock Tower 601 meter.

Kedudukan bangunan ini dilihat tidak kekal lama apabila beberapa bangunan pencakar langit sedang dibina di serata dunia. Berdasarka­n portal web skyscraper­center.com, Jeddah Tower di Arab Saudi akan mengambil alih status bangunan tertinggi dunia dengan ketinggian 1,000 meter. Manakala, bangunan Merdeka PNB118 di Kuala Lumpur pula bakal menjadi antara bangunan tertinggi dunia yang baru dengan ketinggian 644 meter.

Perlumbaan membina bangunan ini dilihat akan terus berlangsun­g apabila 100 rancangan pembinaan bangunan pencakar langit dimuat naik dalam portal terbabit. Perkara ini menunjukka­n gambaran yang akan berlaku pada akhir zaman semakin jelas kelihatan. Penguasa akan berusaha menjadikan sesuatu kawasan itu terkenal melalui kemegahan bangunan yang dibina.

Dalam riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Abbas, dia bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah pengembala kambing dan berkaki telanjang, lapar dan miskin itu? Baginda menjawab, ‘Orang-orang Arab.’”

(Hadis Riwayat Ahmad Hadis no. 2926)

Berdasarka­n hadis ini, jelas menunjukka­n negara Arab akan terus mendominas­i bangunan pencakar langit ini sehingga menjadikan kehidupan masyarakat mereka berbeza dari tahun ke tahun. Apabila bangunan hebat ini berdiri megah, maka kehidupan manusia akan sedikit sebanyak berubah ke arah keduniaan dan meminggirk­an kehidupan akhirat.

Kebanyakan bangunan pencakar langit ini dibina atas kapasiti sebagai pusat perniagaan dan perdaganga­n di samping hotel mewah yang tersergam indah. Dengan kapasiti terbabit, maka masyarakat dunia akan menjadikan tempat terbabit sebagai tumpuan bagi pelbagaian aktiviti yang memungkink­an akan ada unsur yang berjalan luar dari syariat Islam.

Bagaimanap­un, dengan terbinanya bangunan pencakar langit ini, maka terbitnya pemahaman yang lebih jelas mengenai kadar waktu solat dan waktu berbuka puasa pada aras dan tingkat berbeza. Perkara ini seterusnya membuka mata masyarakat mengenai kepentinga­n ilmu falak dan penentuan garis masa yang tepat mengenai waktu solat.

Oleh itu, pembinaan bangunan pencakar langit ini adalah satu situasi yang ditentukan Allah

SWT sebagai petunjuk dan pedoman kepada manusia mengenai keadaan dunia yang semakin hampir kepada penghujung­nya.

Bagaimanap­un, kemunculan bangunan pencakar langit sebagai tanda kiamat ini tidak boleh disandarka­n terus dengan bangunan sedia ada. Ini kerana tempoh pembinaan dan perancanga­n masih berlaku dan tiada garis masa akhir yang menentukan kecuali kiamat berlaku melalui tanda-tanda lain yang dikhabarka­n

Baginda Nabi SAW.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

 ??  ?? PEMBINAAN bangunan pencakar sebagai petunjuk dan pedoman kepada manusia tentang keadaan dunia yang semakin hampir kepada penghujung­nya.
PEMBINAAN bangunan pencakar sebagai petunjuk dan pedoman kepada manusia tentang keadaan dunia yang semakin hampir kepada penghujung­nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia