Harian Metro

16,877 undi hari ini

Jumlah merangkumi 7,487 anggota tentera, 9,390 anggota polis

- Oleh Izwan Abdullah am@hmetro.com.my

Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik oleh SPR”

Seramai 16,877 pengundi akan mengundi awal di 55 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 yang dibuka bermula jam 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, dalam kenyataan semalam, berkata jumlah itu merangkumi 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis di seluruh negeri.

Katanya, berikutan situasi

Ikmalrudin

pandemik Covid-19 ketika ini, proses pengundian awal itu turut menekankan pematuhan kepada garis panduan pencegahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 yang berkuat kuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka separuh, penggunaan pensanitas­i tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanak­an.

“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon dan Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR. Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara langsung menerusi laman Facebook SPR,” katanya.

Beliau berkata, sejurus selesai proses itu, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis yang terbabit.

“Kertas undi hanya akan dikira pada 26 September 2020 bermula 4 petang.

“Pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen calon masing-masing,” katanya.

SPR sebelum ini menetapkan 12 September sebagai tarikh penamaan calon PRN Sabah Ke-16, diikuti pengundian awal pada 22 September dan pengundian biasa pada 26 September.

 ??  ?? PETUGAS SPR, Nelly Golor melakukan persiapan pusat mengundi sempena hari pengundian awal di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.
PETUGAS SPR, Nelly Golor melakukan persiapan pusat mengundi sempena hari pengundian awal di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia