Harian Metro

Khairul, Haiqal makin cergas

-

Kuala Lumpur:

Barisan pelari pecut yang kini berada di bawah bimbingan Pengarah Teknikal Olahraga, Dwayne Miller iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi menunjukka­n perkembang­an positif.

Biarpun prestasi mereka masih belum boleh dinilai namun maklum balas positif yang ditunjukka­n kedua-dua atlet itu sangat memuaskan.

Kata Miller, ketika ini tiada apa yang perlu dikejarkan berikutan belum ada sebarang kejohanan dalam waktu terdekat dengan temasya Sukan Sea hanya berlangsun­g dalam tempoh setahun lagi.

Justeru lebih baik buat kedua-dua atlet itu menikmati sepenuhnya tempoh latihan dan menyesuaik­an diri dengan corak latihan baru di bawah pimpinanny­a.

‘‘Saya gembira dapat mengumpulk­an barisan pelari terbaik yang Malaysia ada di sini (Bukit Jalil). Ia lebih mudah untuk saya mengenal pasti kelemahan dan keperluan atlet negara.

‘‘Apa yang perlu saya lakukan ketika ini untuk menjadikan mereka lebih baik dan bersedia apabila perlu menyertai pertanding­an bila sampai masanya,’’ katanya.

Miller berkata, ketika ini 13 atlet berada di bawah kendaliann­ya yang mana jurulatih pecut, M Balamuruga­n menjadi penolong dalam memantau latihan atlet.

Ditanya apa yang akan menjadi fokus utamanya kerana belum ada sebarang maklumat berhubung jadual pertanding­an, Miller berkata, cabaran bagi dirinya kini menjadikan semua atlet negara lebih baik dari segi mental, fizikal dan lebih berdaya saing.

Mengulas mengenai perancanga­nnya dalam membentuk kuartet 4x100 meter negara, Miller ketika ditemui berkata, beliau tidak sabar membentuk kuartet terbaik negara kerana beliau yakin barisan pelari negara mampu berlari dengan lebih pantas lagi.

‘‘Perkara ini sering kami bincangkan. Siapa yang akan menggalas tugas pelari pertama, siapa yang akan menjadi pelari keempat. Saya akui ia amat mengujakan dan saya sendiri tidak sabar,” katanya.

 ??  ?? HAIQAL
KHAIRUL Hafiz
HAIQAL KHAIRUL Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia