Harian Metro

Zulkarnain salah posisi: Subkhidin

-

Kuala Lumpur:

Bekas pengadil Fifa, Subkhidin Mohd Salleh berpendapa­t Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak sepatutnya diberikan sepakan penalti pada minit ke-49 kerana ia terjahan pertahanan Selangor ke atas penyerang JDT di luar kotak.

Jelas Subkhidin, kesilapan itu berpunca ekoran kegagalan pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria dan pembantuny­a berada pada kedudukan tepat ketika insiden itu berlaku.

Menurut bekas Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu, Zulkarnain sepatutnya bergerak lebih awal ketika bola berada di kawasan tengah sebelum dilorong ke pintu gol Selangor.

Malah, pembantuny­a juga gagal membaca pergelutan itu yang sebenarnya lebih dekat dengan situasi itu bagi memberi gambaran sebenar kepada Zulkarnain.

“Kedudukan posisi badan pengadil yang betul adalah perkara asas yang kita dah ajar ketika awal-awal mengambil kursus kepengadil­an.

“Saya lihat (video rakaman perlawanan) kedudukann­ya lambat, patutnya bila bola tengah dia kena ada di situ. Bila serangan balas dia tak sempat kejar dan mungkin dia tersalah dan menyangka pemain JDT jatuh dalam kotak.

“Dalam situasi ini pembantu pengadil kena bantu kerana dia paling dekat. Tapi saya tak nampak dia berkomunik­asi dengan Zulkarnain. Memang jelas terjahan itu di luar kotak dan tak sepatutnya JDT dapat penalti,” katanya.

Sabtu lalu, mutu pengadilan lemah dan tidak berkualiti (Liga M) sekali lagi mencetuska­n perdebatan di kalangan peminat bola sepak tempatan membabitka­n aksi antara JDT dan

Selangor.

Tindakan Zulkarnain memberi penalti dianggap ‘membunuh’ semangat pemain Red Giants yang akhirnya tumbang 6-1 dalam aksi Liga Super yang berlangsun­g di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Sementara itu, beliau menganggap keputusan tidak melayangka­n kad merah kepada pertahanan Selangor, Nick Swirad yang menerjah Diogo adalah tepat.

“Dalam undang-undang pengadil, kalau terjahan itu berlaku di luar kotak, betul pemain pertahanan itu kena diberikan kad merah. Tetapi dalam situasi itu, Zulkarnain anggap kekasaran itu dalam kotak jadi dia berikan sepakan penalti. Jadi kalau penalti diberikan, tak perlu dilayangka­n kad merah lagi seperti dalam peraturan,” katanya.

“Tetapi dalam situasi itu, Zulkarnain anggap kekasaran itu dalam kotak jadi dia berikan sepakan penalti. Jadi kalau penalti diberikan, tak perlu dilayangka­n kad merah lagi seperti dalam peraturan Denying obvious goal-scoring opportunit­y,” katanya.

 ??  ?? SUBKHIDIN
SUBKHIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia