Harian Metro

KASIH BERSAMA UMAR RIZKY HANYA 17 HARI

Pekerja kilang maut bersama rakan baru sambut kelahiran anak

- Oleh Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Seorang pekerja kilang hanya sempat bersama anak lelaki yang dikatakan mirip wajahnya selama 17 hari sahaja sebelum dijemput Ilahi dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan di sini, semalam.

Zabidi Muhi, 40, meninggal dunia bersama kenalannya, Mohd Raimi Rustam, 34, dalam kemalangan jam 7.30 pagi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler yang datang dari arah Teluk Intan.

Zabidi meninggalk­an dua isteri iaitu Norazalina­wati Yunus, 41, dan Norjeiha Abidin, 37, yang ketika ini masih dalam pantang serta lima anak berusia 17 hari hingga 10 tahun.

Menurut Norjeiha, arwah Zabidi sangat teruja menyambut kelahiran bayi lelaki itu dan memberitah­u wajah anak mereka saling tak tumpah sepertinya.

“Malah, dia juga beriya-iya mahu menamakan anak kami Umar Rizky. Saya tak sangka begini takdirnya.

“Sebelum ini, arwah suami ada memberitah­u mahu pergi ketika kami bersembang awal pagi semalam. Saya tegurnya kerana bimbang dengan perkataan ‘pergi’ yang diucapkan.

“Tiba-tiba hari ini

(semalam) kami dikejutkan dengan kemalangan ini,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM) di sini, semalam.

Dalam pada itu, Norazalina­wati berkata, dia sempat ke lokasi kemalangan selepas dimaklumka­n kejadian menimpa arwah suaminya dan pilu apabila melihat jasad Zabidi dikeluarka­n anggota bomba dari dalam kereta.

“Saya terpandang kasut miliknya ketika bomba cuba mengeluark­an mayat dan ia sangat memilukan hati.

“Arwah pulang ke rumah malam tadi (kelmarin) dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.

“Ketika itu kami sempat bersembang, tetapi dia tidak menunjukka­n sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada jam 6 pagi untuk mengambil kunci kereta dan kami berjumpa di luar rumah sahaja,” katanya.

Dia berkata, itu kali terakhir dia melihat arwah Zabidi sebelum dimaklumka­n mengenai kemalangan berkenaan oleh ahli keluarga dan segera ke lokasi kejadian.

“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.

Jenazah Zabidi dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan di sini.

Kereta dinaiki kedua-dua mangsa bertembung treler

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Raimi
ZABIDI
KEADAAN kereta dinaiki dua lelaki hancur dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, semalam.
MOHD Raimi ZABIDI KEADAAN kereta dinaiki dua lelaki hancur dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, semalam.
 ??  ?? NORAZALINA­WATI (kiri) menunjukka­n gambar Zabidi bersama Norjeiha menunggu jenazah suami mereka di Unit Forensik HSM.
NORAZALINA­WATI (kiri) menunjukka­n gambar Zabidi bersama Norjeiha menunggu jenazah suami mereka di Unit Forensik HSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia