Harian Metro

SEMINIT RM3J

Sekumpulan penjenayah samun kenderaan bawa barang kemas RM3 juta di tengah lebuh raya

- lapor Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahaudin

Tiga lelaki mengambil masa kurang seminit sebelum melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai lebih RM3 juta dalam rompakan nekad di atas Lebuhraya Besraya di ibu negara yang sesak dengan kenderaan. Jenayah terancang itu dipercayai dilakukan kumpulan sama dalam rompakan di Ipoh dan Butterwort­h sebelum ini,

Kurang seminit masa diambil sekumpulan penjenayah untuk menyerang hendap sebelum melarikan barang kemas seberat 12 kilogram bernilai lebih RM3 juta.

Lebih mengejutka­n apabila rompakan ‘berani mati’ itu dilakukan di tengah jalan raya sibuk oleh tiga penjenayah bersenjata­kan parang di Lebuhraya Besraya di sini, kelmarin.

Difahamkan, penjenayah yang dipercayai melakukan perancanga­n rapi dapat melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta, emas terpakai bernilai RM40,000 dan emas milik pelanggan bernilai RM50,000.

Dalam kejadian jam

3.35 petang itu, suspek dikatakan menyerang seorang jurujual sebuah syarikat pengedar emas dan rakannya yang sedang menaiki sebuah pacuan empat roda.

Sumber berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun dalam perjalanan dari Kuchai Lama menghala ke Sungai Besi selepas menghantar barang kemas di tiga premis sekitar Lembah Klang.

“Bagaimanap­un, kenderaan mangsa yang sedang bergerak dihalang dua kenderaan pacuan empat roda berwarna gelap yang berhenti mengejut di hadapan.

“Tiga lelaki bersenjata­kan parang menghampir­i kenderaan mangsa sebelum memecahkan cermin kenderaan itu. Suspek kemudian menarik jurujual itu serta rakannya berusia 20-an keluar dari kenderaan.

“Suspek kemudian terus melarikan pacuan empat roda milik mangsa bersama barang kemas diisi dalam beg dan wang tunai di dalamnya dianggarka­n berjumlah lebih RM60,000. Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat terkena serpihan cermin dipecahkan suspek,” katanya, semalam.

Mangsa memaklumka­n semua suspek berbadan besar memakai baju lengan panjang dan memakai topeng muka.

“Difahamkan mangsa beribu pejabat di Ipoh, Perak mempunyai urusan menghantar barang kemas ke beberapa kedai emas milik pelanggan di sekitar Lembah Klang.

“Hasil maklumat awal, kenderaan mangsa ditemui semula di kawasan Damansara, Petaling Jaya, Selangor dalam keadaan terbakar pada jam 8 malam,” katanya.

Beliau berkata, usaha memburu suspek yang terbabit dalam kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua

Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Zairulniza­m Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, usaha memburu suspek yang terbabit dalam kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubung­i pegawai penyiasat kes di talian 03-22979222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi enam saat menunjukka­n beberapa lelaki memakai topeng muka dilihat menarik seorang lelaki dipercayai mangsa keluar dari pacuan empat roda tular di media sosial, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAMAN video menunjukka­n rompakan kurang seminit dilakukan sekumpulan penjenayah yang melarikan barang kemas seberat 12 kilogram bernilai lebih RM3 juta.
RAKAMAN video menunjukka­n rompakan kurang seminit dilakukan sekumpulan penjenayah yang melarikan barang kemas seberat 12 kilogram bernilai lebih RM3 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia