Harian Metro

Suspek mungkin perompak sama kes di Pulau Pinang, Perak

-

Kuala Lumpur: Kes rompakan emas membabitka­n tiga penjenayah profesiona­l yang berlaku. kelmarin disyaki dilakukan kumpulan sama yang pernah melakukan rompakan nekad di Pulau Pinang dan Perak sebelum ini.

Penjenayah didakwa amat teliti dalam membuat perancanga­n terutama ketika melakukan rompakan serta melarikan diri.

Difahamkan, penjenayah akan membuat kajian dan pemerhatia­n terlebih dahulu sebelum membuat rompakan terutama terhadap pekerja syarikat barang kemas yang membawa emas dalam jumlah besar.

Berdasarka­n kes pada tahun 2017 di Jalan Siram, Butterwort­h, Pulau Pinang, kumpulan penjenayah turut melakukan modus operandi sama apabila menyerang dua pekerja syarikat barang kemas yang dalam proses menghantar emas bernilai

RM3 juta ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian itu, tiga perompak bersenjata­kan kapak dan penukul melarikan beg berisi jongkong dan rantai emas dianggarka­n seberat 11 kilogram dari kilang memproses emas di Jalan Siram.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku selepas dua daripada tiga suspek bertindak menyerang mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta.

Dua tahun kemudian, kumpulan penjenayah dipercayai menggunaka­n modus operandi sama dengan melanggar kenderaan yang membawa barang kemas sebelum menyamun mangsa di Jalan Chin Hwa, Ipoh, Perak.

Dua kenderaan membawa emas bernilai RM1 juta itu dilanggar dengan kepala lori sebelum disamun penjenayah terbabit.

Kejadian membabitka­n dua kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa yang baru mengambil barang kemas dari rumah majikan untuk dihantar ke Kelantan.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan dipandu mangsa berusia 30-an itu, dirempuh kepala lori berkenaan sebelum dua suspek bersenjata­kan parang turun dan menyamun kesemua barang kemas.

Sumber berkata, polis percaya kumpulan penjenayah yang masih bebas itu adalah dalang rompakan terbaru di Lebuhraya Besraya, Kuala Lumpur petang kelmarin, membabitka­n barang kemas bernilai RM3 juta dan wang tunai lebih RM60,000.

“Penjenayah akan mengkaji dan memerhati setiap gerak geri dilakukan transporte­r

(penghantar) barang kemas ke kedai emas.

“Mereka ini didapati tahu selok belok urusan dan laluan perjalanan digunakan

transporte­r kedai emas,” katanya. Menurutnya, kejadian rompakan berkenaan berlaku dalam tempoh jurang yang lama kerana dipercayai memberi ruang kepada kumpulan berkenaan mengenal pasti sasaran baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia