Harian Metro

Pegawai JPN tak mengaku terima tiga suapan RM16,000

-

Johor Bahru: Penolong Pegawai Pendaftara­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM16,000, dua tahun lalu.

Mohd Fazdly Abdul Razak, 42, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Fazdly didakwa menerima RM10,000 yang didepositk­an ke dalam akaun bank miliknya daripada seorang lelaki yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya di sebuah bank di Masai pada 13 Jun 2018.

Mohd Fazdly turut didakwa menerima RM1,500 yang didepositk­an ke dalam akaunnya daripada lelaki sama di sebuah bank di Taman Johor Jaya, pada 4 Julai 2018.

Dia juga didakwa menerima RM4,500 daripada lelaki sama di sebuah bank tempatan di Masai, pada 18 Julai 2018.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM), Nur Mahirah Mohd Pauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Mahirah memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh namun tertuduh merayu jaminan berkenaan dikurangka­n berikutan beliau terpaksa menggadai tanah pusaka di kampung selain perlu menanggung tiga anak berusia antara tujuh hingga 14 tahun, isteri yang tidak bekerja selain ibu mentuanya yang menderita barah rahim tahap tiga.

Hakim kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di Pejabat SPRM berhampira­n sekali setiap bulan.

Sebutan semula ditetapkan pada 26 Oktober depan bagi penyerahan dokumen.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin

 ??  ?? MOHD Fazdly (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.
MOHD Fazdly (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia