Harian Metro

Bebas 5 pertuduhan songlap RM320,000

-

Kuantan:

Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas dan membebaska­n pengurus kanan kewangan syarikat pelaburan hartanah Pasdec Holdings Berhad daripada lima pertuduhan pecah amanah berjumlah RM320,000, yang didakwa berlaku enam tahun lalu.

Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie untuk memanggil Ahmad Rosdi Ismail, 50, membela diri atas pertuduhan itu.

Keputusan itu bagaimanap­un dibacakan Hakim Siti Aminah Ghazali kerana difahamkan Mohd Ghazali bercuti sakit, semalam.

Seramai 13 saksi pendakwaan memberikan keterangan dalam perbicaraa­n yang bermula Ogos tahun lalu.

Pada 1 Februari 2019, Ahmad Rosdi mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang didakwa berlaku antara 8 September 2014 dan 21 Mac 2016 di pejabatnya di sini dan CIMB Bank Berhad cawangan Kompleks Teruntum yang membabitka­n jumlah sekitar

RM200,000 dan RM30,000 dalam setiap transaksi.

Pendakwaan terhadapny­a dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Rosdi yang hadir ke mahkamah bersama isteri, Idawati Mat Arup, 43, berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu kerana dapat membersihk­an namanya yang agak tercalar selepas dikaitkan dengan tuduhan itu.

“Keputusan ini juga membolehka­n saya bekerja melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab yang diberikan kepada saya dengan lebih tenang selepas ini,” katanya ringkas.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abiddin manakala Ahmad Rosdi diwakili peguam M Athimulan dan Datuk Bob Aramugam.

“Keputusan ini membolehka­n saya bekerja dengan lebih tenang selepas ini Ahmad Rosdi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia