Harian Metro

Lakonan ‘terhebat’ gagal memperdaya

-

Gombak: Terdesak mahukan wang menyebabka­n seorang wanita sanggup berlakon disamun ketika mahu memasukkan wang milik syarikatny­a di sebuah bank di Rawang di sini, Ahad lalu.

Malah ‘lakonan’ wanita berusia 25 tahun itu turut dibantu suaminya berusia 29 dan dua rakan lelaki lain yang menyamar sebagai penjenayah samun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita terbabit pada mulanya membuat laporan polis jam 6 petang Ahad lalu mendakwa beg tangan miliknya disamun dua lelaki menaiki motosikal.

Menurutnya, dia mendakwa disamun ketika berjalan kaki seorang diri untuk memasukkan wang di sebuah bank berhampira­n kawasan tempat kerjanya.

“Akibatnya dia mendakwa mengalami kerugian RM6,788 termasuk RM6,288 milik syarikat yang mahu dimasukkan ke dalam akaun bank pada hari kejadian.

“Selepas laporan polis dibuat, wanita itu tampil memberikan keterangan berkaitan kejadian samun berkenaan.

“Siasatan lanjut kemudian berjaya membongkar sandiwara wanita itu yang membuat laporan palsu dan berkomplot dengan suami dan dua rakan lelaki lain,” katanya.

Arifai berkata, wanita itu akhirnya mengaku terpaksa membuat laporan palsu untuk menggunaka­n wang milik syarikat atas alasan kesempitan wang untuk perbelanja­an harian.

“Suami wanita itu kemudian ditahan di kawasan Bandar Sunway sebelum beg tangan dan wang itu ditemui semula.

“Polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 31 tahun manakala seorang lagi sedang dikesan. Ketiga-tiga mereka direman lima hari sehingga Jumaat ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia