Harian Metro

Pendakwa fail rayuan pembebasan Siti Kasim

-

Kuala Lumpur: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap pembebasan peguam dan aktivis Siti Kasim daripada pertuduhan menghalang tugas seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) pada satu acara di sebuah hotel pada 2016.

Perkara itu dimaklumka­n peguam A Saha Deva kepada pemberita selepas pengurusan kes saman Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim terhadap Jawi di hadapan Pesuruhjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, semalam.

“Pihak kami dimaklumka­n bahawa notis rayuan itu difailkan pada 27 Ogos lalu. Jadi, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes selanjutny­a bagi mengetahui status rayuan,” kata peguam itu.

Semakan melalui sistem kehakiman menunjukka­n rayuan pendakwaan itu ditetapkan untuk sebutan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, Farah Azura Mohd Saad pada 5 Oktober ini.

Bagi kes saman sivil pula, peguam itu berkata, anak guamnya akan memfailkan permohonan bagi meminda penyataan tuntutanny­a.

Peguam Arik Zakri Abdul Kadir mewakili Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Maiwp) selaku defendan dalam kes saman itu.

Pada 1 April 2019, Siti selaku plaintif menyaman Jawi dan 18 pihak yang lain termasuk pegawainya atas dakwaan menangkap dan menahannya secara salah semasa serbuan pada satu acara tertutup membabitka­n komuniti transgende­r di sebuah hotel di sini, pada 2016.

Selain Jawi dan Maiwpturut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pegawai Penguatkua­sa Wilayah Persekutua­n, diikuti 14 pegawai penguat kuasa Jawi, Akmal Nadzim Abdullah, Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, Farah Wahida Zulkiflee, Ruzaimie Mamat, Mohd Hasmizi Mohd Hassan, Mohd Shahrizan Yaacob, Mohd Khairuddin Mohd Noor, Rosyaimi Affendi Ruslan, Ahmad Naziz Lahori, Mohammad Izehar Md Amin, Mohd Faizal Mustapha, Mohd Fikri Abu Mansor, Mohd Faizal Roslan, dan Mohamad Bukhori Ahmad.

Dua lagi defendan adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Kerajaan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia