Harian Metro

‘Dia dahulu mengaku taubat’

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa agama negeri bagi menangani isu ajaran sesat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau bersetuju dengan cadangan supaya ada kerjasama sedemikian berikutan bidang kuasa agama yang berbeza mengikut negeri.

Ia bagi membolehka­n penularan dan perkembang­an ajaran sesat seperti Rasul Melayu dapat ditangani dengan secara komprehens­if.

“Insya-Allah saya bersetuju...kita akan laksanakan dan saya akan ambil satu peringatan dalam isu ini bersama Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)dan lain-lain (jabatan agama negeri),” katanya pada sidang media selepas perasmian Multaqa Jawatankua­sa Fatwa Seluruh Malaysia di sini, semalam.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan program itu pagi semalam.

Zulkifli berkata, beliau melihat isu penularan ajaran sesat di negara ini amat terkawal namun ada keperluan menyedarka­n mereka yang dengan sengaja memilih cara tidak tepat dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Mengulas mengenai Rasul Melayu yang aktif semula dengan penahanan Abdul Kahar Ahmad Ahad lalu, Zulkifli berkata, ia cerita lama.

Beliau berkata, dalam satu lawatannya ke Penjara Kajang sebelum ini, beliau menemui Abdul Kahar yang kemudian membuat pengakuan bahawa dia sudah bertaubat.

“Jadi kita, bila orang menyatakan sudah bertaubat maka kita terima. Selepas sampai di Selangor, dia sendiri buat istitabah (pengakuan untuk bertaubat) dia.

“Kalau macam itu, selepas ini memang kita ambil pemerhatia­n khusus dan mungkin kita tengok setakat yang kita mampu (lakukan).

“Tetapi itu terkait kepada negeri Selangor. Kita akan cuba dapatkan sejumlah maklumat bagaimana proses selepas daripada ini,” katanya.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, pihaknya berkemungk­inan melihat untuk menyediaka­n makalah khusus mengenai ajaran sesat bagi diedarkan kepada imam dan guru tahmid yang dilantik pihak berkuasa agama.

Semalam media melaporkan Rasul Melayu yang kembali aktif menyebarka­n ajaran yang difatwakan diharamkan pada 1991 ditahan bersama 16 pengikutny­a oleh Jais di tiga lokasi berbeza, malam Ahad lalu.

Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, Abdul Kahar ditahan di sebuah rumah di Kemensah, Ulu Klang selepas empat tahun dibebaskan.

Pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor memerintah­kan Abdul Kahar dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat.

“Jadi kita, bila orang menyatakan sudah bertaubat maka kita terima Dr Zulkifli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia