Harian Metro

Jumlah jangkitan Covid-19 naik 82 kes

-

Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara naik 82 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruha­n penularan wabak itu sebanyak 10,358 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 82 kes baharu yang dilaporkan itu, 10 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan selebihnya kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes import itu membabitka­n sembilan warganegar­a dan seorang bukan warganegar­a dari India dan Indonesia.

Bagi 72 kes penularan tempatan, katanya, sebanyak 60 kes adalah membabitka­n warganegar­a manakala 12 bukan warganegar­a.

“Di Sabah merekodkan 60 kes iaitu daripada Kluster Benteng LD (41), Kluster Pulau (6), Kluster Selamat (6), Kluster Bangau-Bangau (5) dan kes saringan komuniti serta saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth (2).

“Di Kedah ada 10 kes dilaporkan iaitu sembilan kes dari Kluster Sungai dan satu kes saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n di Kota Setar.

“Di Selangor satu kes saringan sebelum pembedahan di sebuah pusat perubatan dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh serta di Sarawak satu kes saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak,” katanya ketika sidang media Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 168 kes yang pulih semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,563 kes iaitu 92.3 peratus.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 adalah 665 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, sembilan pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 130 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia