Harian Metro

Usaha cari vaksin

Malaysia tandatanga­ni LoI dengan Rusia, Cuba serta Cepi

-

‘Ujian klinikal fasa 3 Sputnik V dijangka membabitka­n peserta seluruh dunia. Perbincang­an lanjut akan diadakan dengan Kedutaan Rusia berkenaan vaksin itu dalam masa terdekat”

Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui Institut Bioteknolo­gi Negara (NIBM) sudah menandatan­gani surat hasrat (LoI) dengan Kedutaan Rusia untuk mendapatka­n maklumat lanjut berkenaan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim berkata, Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) sudah memperoleh hak eksklusif sebagai pembekal vaksin Sputnik V ke seluruh dunia.

“Sputnik V adalah vaksin yang dibangunka­n oleh Gamaleya National Research Centre of Epidemiolo­gy and Microbiolo­gy iaitu agensi yang sama membangunk­an vaksin Middle East Respirator­y Syndrome (Mers).

“Ujian klinikal fasa 3 Sputnik V dijangka membabitka­n peserta seluruh dunia. Perbincang­an lanjut akan diadakan dengan Kedutaan Rusia berkenaan vaksin itu dalam masa terdekat,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukaka­n Senator Datuk Razali Idris yang mahukan penjelasan tentang pencapaian terkini pasukan khas di bawah Mosti bagi meneroka peluang dengan negara lain untuk menghasilk­an

Ahmad Amzad Hashim

vaksin Covid-19.

NIBM, katanya, juga sudah menandatan­gani LoI dengan Kedutaan Cuba di Malaysia bagi kerjasama dengan Finlay Vaccine Institute (BioCubaFar­ma) dan Centre of Genetic Engineerin­g and Biotechnol­ogy (CIGB), Cuba untuk mendapat akses kepada vaksin Covid-19 yang sedang dibangunka­n.

Selain itu, Mosti juga mengambil inisiatif untuk terbabit dalam pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedne­ss Innovation­s (Cepi) bagi membolehka­n negara mendapat akses kepada pembanguna­n vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu, kepada penyelidik tempatan.

Ahmad Amzad berkata, antara faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai platform Cepi adalah mendapat keutamaan untuk menyertai ujian praklinika­l dan ujian klinikal vaksin baharu, terutamany­a apabila berlaku sesuatu wabak.

Selain itu, Malaysia juga akan mempunyai akses kepada data penyelidik­an dan pembanguna­n berkaitan penghasila­n vaksin yang dibiayai oleh Cepi, termasuk penyelidik­an vaksin kumpulan penyelidik Universiti Oxford. - Bernama

 ??  ??
 ??  ?? SPUTNIK V adalah vaksin yang dibangunka­n oleh Gamaleya National Research Centre of Epidemiolo­gy and Microbiolo­gy.
SPUTNIK V adalah vaksin yang dibangunka­n oleh Gamaleya National Research Centre of Epidemiolo­gy and Microbiolo­gy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia