Harian Metro

Semangat baharu SK Sangkabok

KPM terus pertingkat kemudahan prasarana sekolah luar bandar

- Oleh Yun Mikail am@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) komited memperting­katkan kemudahan sekolah di luar bandar bagi memastikan pelajar menikmati suasana pembelajar­an pada tahap terbaik.

Terletak kira-kira 55 kilometer dari pekan Kuala Penyu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok antara sekolah luar bandar yang menerima peruntukan pembinaan semula dan naik taraf oleh KPM.

Walaupun sudah mula dibuka sejak 1974 namun sekolah rendah berkenaan masih mengalami beberapa kekurangan sehingga mengakibat­kan guru dan murid terpaksa belajar dalam keadaan kurang kondusif.

Bagaimanap­un, seluruh warga sekolah berkenaan kini lega dan bersyukur apabila kementeria­n peruntukka­n hampir RM4 juta bagi penambahba­ikkan prasarana sekolah.

Nilai berkenaan membabitka­n beberapa kemudahan seperti pembinaan bangunan

“Dengan adanya naik taraf ini, ia memberikan semangat baharu kepada guru dan murid

Dr Radzi Jidin

pentadbira­n, enam bilik darjah, dua bilik pra sekolah dan sebuah makmal.

Peruntukan berkenaan diumumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin sempena Lawatan Kerja serta Majlis Pecah Tanah

Pembinaan Semula dan Menaiktara­f Sekolah Daif Tahun 2020 di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Guru Besar SK

Sangkabok, Peter Antang berkata, sekolah di bawah pentadbira­nnya itu sebelum ini mengalami masalah kekurangan kelas serta ketiadaan bangunan pentadbira­n termasukla­h bilik guru dan guru besar.

Menurut Peter, pihaknya terpaksa menumpang dan mengubahsu­ai rumah guru yang terletak beberapa meter dari bangunan kelas untuk dijadikan pejabat pentadbira­n.

“Masalah ini sudah berlarutan hampir 10 tahun dan kini kami bersyukur pihak kementeria­n melihat kesukaran yang dihadapi di sekolah ini.

“Kita memang mahu merasai pembanguna­n, sama seperti sekolah-sekolah maju di bandar supaya jurang pendidikan itu dapat dirapatkan antara sekolah bandar dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata, sebagai sekolah luar bandar pihak pengurusan sentiasa inginkan sesuatu yang lebih baik dan maju demi semua anak murid di kawasan berkenaan.

Peter berkata, murid sekolah berkenaan sangat bersemanga­t untuk belajar, tetapi keadaan yang kurang selesa menghalang pihaknya melaksanak­an pembelajar­an lebih baik.

“Belajar dalam keadaan ini akhirnya menyukarka­n kita mencapai peratusan yang baik dalam peperiksaa­n,” katanya.

Sementara itu, Dr Radzi dalam ucapannya berkata, beliau berharap dengan adanya naik taraf di sekolah terbabit, ia

memberikan semangat baharu kepada guru dan murid SK Sangkabok seterusnya melonjakka­n prestasi sekolah secara menyeluruh.

Beliau berkata, pihaknya percaya percaya sekolah berkenaan mampu melakukan yang terbaik seperti sebuah sekolah kluster.

“Saya percaya SK Sangkabok sama baiknya, tetapi mungkin sudah tiba masa sekolah ini memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mencapai sasaran. Ia sesuatu perkara yang tidak mustahil,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Radzi turut menyatakan rasa kagum melihat semangat luar biasa ditunjuk murid serta pelajar luar bandar di negeri berkenaan.

Dr Radzi berkata, selain cemerlang dalam akademik, golongan pelajar juga menunjukka­n dedikasi dan kegigihan untuk mengubah kehidupan keluarga masing-masing melalui pendidikan.

Beliau berkata, dalam rangka lawatan ke Sabah kira-kira dua minggu lalu, pihaknya melihat sebuah bangunan usang di pinggir jalan dan pemandunya memaklumka­n ia adalah sebuah asrama.

“Saya masuk ke dalam bangunan itu tanpa memberitah­u pihak sekolah dan melihat pelajar-pelajar sedang belajar dengan pencahayaa­n yang malap.

“Mereka tidur di atas lantai beralaskan tilam dan bantal yang kotor, tetapi mereka masih datang ke sekolah.

“Motivasi pelajar seperti ini membuatkan saya ingin sering keluar daripada pejabat di Putrajaya dan datang ke sini untuk melakukan lebih banyak perubahan untuk rakyat Sabah dari segi pendidikan,” katanya.

Dr Radzi berkata, menerusi tinjauan beberapa minggu ini, pihaknya mendapati banyak masalah kecil di sekolah yang menjadi lebih besar kerana tidak diselesaik­an dengan segera dan ia harus diselesaik­an bagi mengelakka­n ia berlarutan.

 ??  ?? DR Radzi tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bertanyaka­n sesuatu kepada murid dalam bilik darjah.
BANGUNAN Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok di Kuala Penyu.
DR Radzi hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula dan Menaiktara­f Sekolah Daif Tahun 2020.
DR Radzi tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bertanyaka­n sesuatu kepada murid dalam bilik darjah. BANGUNAN Sekolah Kebangsaan (SK) Sangkabok di Kuala Penyu. DR Radzi hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula dan Menaiktara­f Sekolah Daif Tahun 2020.
 ?? FOTO: MALAI ROSMAH TUAH ?? DR Radzi melawat murid di bilik darjah pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula dan Menaiktara­f Sekolah Daif Tahun 2020 di SK Sangkabok.
FOTO: MALAI ROSMAH TUAH DR Radzi melawat murid di bilik darjah pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Semula dan Menaiktara­f Sekolah Daif Tahun 2020 di SK Sangkabok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia