Harian Metro

‘Doakan yang terbaik’

Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida belum sedarkan diri

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, yang terbabit dalam insiden keracunan karbon monoksida dan menyebabka­n tiga maut Rabu lalu masih tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, bagaimanap­un mangsa dilaporkan stabil.

“Nor Aqilah masih ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Wangsa Maju untuk rawatan lanjut.

“Doktor masih merawat dan memantau keadaan semasa Nor Aqilah. Berdasarka­n laporan terkini, dia masih belum sedarkan diri namun berada dalam keadaan stabil.

“Kita doakan yang terbaik supaya Nor Aqilah cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nor Aqilah terbabit dalam insiden itu selepas dua rakan dan kembarnya tertidur ketika berhenti di tempat letak kenderaan di sebuah stesen minyak di Sama Gagah,

Seberang

Jaya, Pulau Pinang, Rabu lalu.

Mengulas mengenai kenderaan dinaiki mangsa dalam kejadian itu, Shafee berkata, pihaknya juga akan merujuk kenderaan berkenaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk siasatan lanjut.

“Sebelum ini, kami sudah melakukan pemeriksaa­n melalui juruteknik syarikat pengeluar kenderaan berkenaan yang mengesahka­n bahawa berlaku kebocoran di bahagian ekzos.

“Selain itu, kami juga akan menghantar kenderaan itu kepada pihak JKR untuk siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan empat sahabat ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan dinaiki mereka akibat keracunan karbon monoksida pada 16 September lalu.

Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie Shabri, 21, meninggal dunia ketika diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Kembar Nor Aqilah, Nor Adilah pula meninggal dunia ketika dirawat di ICU Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak, pada jam 4.23 petang sehari selepas kejadian.

Juruteknik pengeluar kenderaan sahkan berlaku kebocoran di ekzos

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia