Harian Metro

Kunci kejayaan bisnes Quraisy

Jika diperdalam­i makna yang dirakamkan oleh surah Quraisy ini, ia mampu menjadi panduan kita dalam membangunk­an kekuatan ekonomi dan perdaganga­n umat Islam hari ini

-

Pasti kita biasa membaca surah Quraisy di dalam al-Quran. Surah yang menceritak­an tentang kaum Quraisy. Antara inipati yang terdapat dalam surah ini ialah berkaitan perniagaan yang mereka lakukan. Bahkan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA pernah berniaga hingga ke Syam atau Syria sekarang ini. Dalam sebab turunnya ayat 15 pada surah al-Ahqaf, diceritaka­n Rasulullah SAW ketika itu berumur 20 tahun manakala Saidina Abu Bakar al-Siddiq pula berumur 18 tahun. Kisah ini menjelaska­n kaum Quraisy telah lama terlibat dalam dunia perniagaan.

Di dalam surah Quraisy ini terdapat perkataan Li ilaaf. Apakah maksud perkataan ini? Jika melihat kepada terjemahan perkataan tersebut ialah ‘kebiasaan aman tenteram’ jika dirujuk kepada kebanyakan kitab tafsir daripada sumber primer mahupun sekunder, disebabkan keamanan dan tenteram tersebut kaum Quraisy dapat melakukan urusan perniagaan mereka ke utara kawasan Syam (ketika musim panas) dan juga ke selatan Yaman (ketika musim sejuk).

Pernahkah kita terfikir, bagaimana laluan perniagaan ini dapat dilakukan oleh kaum Quraisy ini dengan tenteram dan aman seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran melalui surah Quraisy. Setiap kisah pasti ada permulaann­ya, kejayaan dalam dunia perniagaan juga ada yang memulakann­ya. Sejarah yang terdapat dalam kisah kejayaan kaum ini dalam dunia perniagaan perlu diketahui oleh kita sebagai umat Islam.

Kejayaan dalam dunia perniagaan kaum Quraisy adalah melalui perjanjian yang mereka lakukan. Kisah ini juga dikenali sebagai kisah al-ilaf. Kisah ini juga ditulis di dalam sebuah buku tafsir oleh ulama Syria yang bernama Abdul Rahman Hasan Habannakah al-Midani. Tajuk buku tersebut ialah Maarij al-Tafakkur wa Daqaiq al-Tadabbur. Kisah al-ilaf ini terdapat pada muka surat 423 sehingga 436.

Al-ilaf ini adalah satu terma perniagaan di dalam budaya Arab. Ia digunakan untuk perjanjian atau persetujua­n bersama bagi urusan perniagaan, ia termasuk juga urusan keluar masuk barang yang diperdagan­gkan. Perjanjian ini dilakukan bersama dengan pihak satu lagi untuk memudahkan urusan berkaitan perniagaan.

Perjanjian ini dilakukan bersama raja Rom, Parsi, Habsyah dan juga Raja Himyar di Yaman. Kelebihan yang diberikan oleh-Nya kepada kaum Qurasiy berjaya meyakinkan raja-raja tersebut untuk memberi persetujua­n. Malah pihak kaum Quraisy melakukan perjanjian ini kerana melihat juga kepada kepentinga­n Makkah sebagai tempat yang menjadi tumpuan ramai. Malah, Makkah juga menjadi tempat tumpuan daripada doa nabi Ibrahim yang dimakbulka­n oleh-Nya.

Berdasarka­n sejarah, perjanjian ini dimulakan oleh empat orang anak Abdul Manaf seperti yang dinyatakan Ibn Manzur daripada Ibn al-A’rabi. Empat orang tersebut ialah Hasyim, Abd Syams, Abdul Mutalib dan Naufal. Mereka berempat inilah yang memulakan urusan perjanjian untuk memudahkan urusan perniagaan kaum Quraisy bagi tahun-tahun mendatang, berikut adalah perincian tugas yang mereka lakukan:

■ Hasyim: mendapat persetujua­n daripada raja Rom

■ Naufal : mendapat persetujua­n daripada raja Kisra, Parsi

■ Abd Syams: mendapat persetujua­n daripada raja Najasyi dari Habsyah

■ Abdul Mutalib: mendapat persetujua­n daripada raja Himyar dari Yaman.

Ini menjelaska­n kepada kita tentang makna secara literal pada perkataan al-Ilaf itu sendiri. Mereka berempat melakukan tugas dengan baik dan mereka adalah orang yang paling berkelayak­an untuk berunding. Inilah yang dinyatakan oleh Ibn al-A’rabi tentang perkataan al-Ilaf, ia juga memberi maksud layak dan menyediaka­n. Hasil daripada perjanjian tersebut, bangsa ini dapat melakukan urusan perniagaan sehingga mampu mengekspor­t barang dari pelbagai kawasan.

Ini menjadikan Makkah itu sendiri adalah tempat perniagaan berskala besar. Barang-barang yang diniagakan cukup banyak, ini menjadikan kawasan Makkah itu sibuk. Ia dipenuhi dengan peniaga dari segenap pelosok tanah Arab dan juga pelbagai kabilah Arab hadir ke Makkah. Antara barang yang diniagakan oleh kaum Quraisy pula adalah:

tepung, Dagangan gam dan dari juga benua Afrika barang-barang logam Dagangan dari

Yaman : barangan kulit, wangi-wangian dan juga pakaian Dagangan dari Iraq dan Iran rempah ratus dari India Dagangan dari Syam dan

Mesir : zaitun, minyak zaitun, peralatan perang dan juga kain-kain sutera Gambaran situasi perniagaan ketika itu adalah pada skala besar. Dari segi barang yang diniagakan itu cukup banyak sehingga kenderaan yang membawa barang tersebut mencapai ribuan unta atau lebih. Malah, yang terlibat dari segi menanam modal juga melibatkan modal yang banyak dan juga modal yang sikit. Modal ini berdasarka­n kemampuan masing-masing. Operasi perniagaan begini yang bermula sejak dulu hingga ke zaman permulaan Islam.

Operasi perniagaan ini menjelaska­n kepada kita secara sejarahnya kaum Arab Quraisy adalah satu-satunya yang terlibat dan menguasai perniagaan ini secara total. Berbanding dengan kaum atau kabilah Arab yang lain, kaum Arab Quraisy lebih mempunyai kelayakan dalam mengurusan perniagaan ini secara global. Ini kerana kaum Arab Quraisy adalah penduduk Makkah yang tinggal berdekatan dengan Kaabah, merekalah yang menyelengg­ara Kaabah dan mengurus hal ehwal berkaitan haji.

Surah Quraisy ini satu surah yang pendek. Bagaimanap­un, jika diperdalam­i makna yang dirakamkan oleh surah ini, ia mampu menjadi panduan kita dalam membangunk­an kekuatan ekonomi dan perdaganga­n umat I:slam hari ini. Allah memperliha­tkan, jika ditadbir dengan baik, suatu tempat yang mempunyai sumber yang terhad sekalipun, masih mampu menjadi satu tempat yang makmur. : Penulis Ketua Lajnah Dakwah, Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Islami), Wilayah Persekutua­n Putrajaya

 ??  ?? KAUM Arab Quraisy adalah satu-satunya yang terlibat dan menguasai perniagaan ini secara total.
KAUM Arab Quraisy adalah satu-satunya yang terlibat dan menguasai perniagaan ini secara total.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia