Harian Metro

Kenaikan harga sayur, telur tak tetap

-

Kenaikan harga beberapa jenis sayur-sayuran dan telur di Pasar Besar Alor Setar berlaku disebabkan cuaca selain faktor permintaan dan penawaran barang berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd Sharhan Mohd Arshad berkata, kebanyakan sayur-sayuran di pasar itu diperoleh daripada pembekal di Cameron Highland yang turut terkesan akibat musim hujan ketika ini.

“Beberapa pegawai sudah melakukan pemeriksaa­n di pasar itu hari ini (semalam) dan mendapati kenaikan harga itu tidak tetap.

“Kenaikanny­a hanya antara lima hingga 10 peratus, tetapi ada juga hari yang harganya turun.

“Ia bukan kenaikan yang ketara dan tidak munasabah, ia masih dalam kawalan. Begitu juga dengan harga telur, minggu lalu, ada lambakan telur hingga berlaku penurunan harga.

“Minggu ini bekalan telur kembali seperti biasa dan harganya di pasaran naik di peringkat runcit iaitu antara 36 hingga 37 sen sebiji manakala pemborong 34 sen sebiji,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Sharhan berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan secara berkala agar tidak berlaku kenaikan harga barang yang tidak munasabah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) Secara Pentadbira­n di beberapa kawasan di negeri ini.

Katanya, orang ramai juga boleh membuat aduan kepada KPDNHEP sekiranya berlaku kenaikan harga barang di kawasan masing-masing agar siasatan dapat dilakukan dan tindakan boleh diambil kepada peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang.

 ??  ?? ORANG ramai memakai pelitup muka ketika membeli barang keperluan harian di Pasar Besar Alor Setar.
ORANG ramai memakai pelitup muka ketika membeli barang keperluan harian di Pasar Besar Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia