Harian Metro

PBB perlu ditambah baik

-

Kuala Lumpur: Malaysia mahukan penambahba­ikan dan perubahan pada Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana ramai yang menderita akibat konflik yang masih berlaku di beberapa bahagian di seluruh dunia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PBB boleh dikatakan gagal untuk menyelamat­kan beberapa generasi pewaris daripada kesengsara­an akibat peperangan.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus kekal sebagai satu-satunya institusi global yang kita anggap milik semua.

“Walaupun kita akui yang organisasi ini agak baik dalam banyak perkara sepanjang 75 tahun penubuhann­ya, terutama dalam mempromosi­kan pembanguna­n sosial dan ekonomi, kita perlu jujur dan mengakui yang PBB boleh dikatakan gagal menyelamat­kan beberapa generasi pewaris daripada kesengsara­an peperangan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, PBB kini amat diperlukan dan ia seharusnya sudah cukup lengkap - bukan hanya daripada segi kebebasan politik, tetapi juga daripada segi sokongan berterusan negara anggota dalam menampilka­n respons terhadap sebahagian daripada masalah besar yang dihadapi dunia.

Muhyiddin berkata, ini masanya untuk PBB menilai semula pencapaian­nya; memperbaik­i kelemahan dan menghapusk­an semua rintangan yang menghalang kemajuanny­a yang berterusan.

Beliau berkata,

Malaysia mengalu-alukan penerimaan Deklarasi untuk Memperinga­ti Ulang Tahun ke-75 PBB semalam.

“Sejujurnya kami percaya dalam memperinga­ti ulang tahun ini, ia menampilka­n peluang keemasan kepada komuniti antarabang­sa untuk melakukan yang lebih baik. Jangan kita melepaskan peluang ini. Mari kita bergerak kehadapan bersama dalam membina masa hadapan yang kita mahukan dan PBB yang kita perlukan,” katanya.

Muhyiddin juga menyuaraka­n kebimbanga­n yang sejak beberapa tahun lalu, negara tertentu dilihat tidak mengendahk­an penjanjian PBB.

Beliau berkata, sebagai contoh Perjanjian Paris adalah satu pencapaian terbaik oleh negara dalam menangani perubahan iklim - satu kemuncak kepada usaha antarabang­sa yang bermula di Rio Earth Summit pada 1992.

“Kami juga mempunyai sejumlah instrumen dan konvensyen mengenai hak asasi manusia yang kebanyakan­nya mengambil tempoh beberapa tahun untuk dirumuskan. Instrumen sedemikian mengatur dan menentukan tindakan kita dalam membolehka­n kita terus maju,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia