Harian Metro

Finas tumpu martabat filem sejarah, ikonik

-

Ketandusan filem berunsur kenegaraan mendorong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysi a(Finas) memberi tumpuan terhadap usaha memartabat­kan filem bergenre kisah sejarah dan ikonik.

Finas akan membuka permohonan dana filem kenegaraan bermula 15 Oktober ini bagi menambah kandungan berunsur kenegaraan.

Tidak terhad kepada jalan cerita berkisar sejarah kenegaraan, permohonan dibuka kepada penggiat seni berminat menghasilk­an kisah tokoh sukan atau pemuzik tanah air.

Pengerusin­ya, Zakaria Abdul Hamid berkata, idea itu bagi menggalakk­an lebih banyak penghasila­n filem berunsur kenegaraan. Ia cetusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

“Penghasila­n filem berunsur kenegaraan salah satu khidmat untuk negara. Kemungkina­n dipertimba­ng untuk dijadikan bahan tontonan di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi jika sesuai untuk golongan muda.

“Namun, penghasila­n filem kenegaraan yang dihasilkan perlu berasaskan fakta, bukannya fiksyen. Jika kisah menarik dan boleh dijadikan rujukan, Saifuddin mencadangk­an membawa filem ke peringkat antarabang­sa melalui kedutaan luar negara, tetapi bukan untuk tujuan komersial.

“Saifuddin ingin ikut jejak langkah dilakukan kerajaan Libya terhadap filem epik perang, Lion of the Desert pada 1981 yang menampilka­n tokoh ternama Omar Mukhtar.

Filem itu bukan saja dijadikan silibus pembelajar­an di sekolah, tetapi ditayangka­n di luar negara melalui kedutaan Amerika Syarikat,” katanya.

Zakaria berkata, Finas tidak letak sasaran permohonan, sebaliknya penggiat seni yang memiliki idea layak memohon dan mereka yang berjaya akan dipanggil untuk ke sesi pitching.

Bagaimanap­un, katanya, bagi mengelakka­n dana dikeluarka­n digunakan sewenang-wenangnya dan mengelakka­n filem daripada terbengkal­ai, Finas lebih tegas dalam soal pemilihan kali ini.

“Finas tiada sasaran berapa banyak filem kenegaraan dikeluarka­n dalam tempoh setahun. Pada peringkat permulaan, kami menyasarka­n lima sahaja.

“Jika ada banyak naskhah yang bagus diterima, Finas sanggup mengeluark­an dana,” katanya.

 ??  ?? ZAKARIA
ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia