Harian Metro

EKONOMI MAKIN SIHAT

Langkah diperkenal kerajaan bantu Malaysia keluar dari keluk kejatuhan

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Ekonomi negara dilihat meningkat secara beransur dan keluar dari keluk kejatuhan berikutan keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutama dari pelabur asing.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau yakin langkah proaktif awal melalui Prihatin dan Penjana dengan menyalurka­n bantuan kepada semua golongan rakyat dan perniagaan membantu Malaysia untuk keluar dari kemerosota­n disebabkan Covid-19.

“Jika dilihat pada penanda ekonomi negara, kita sudah meningkat secara beransur dan keluar dari keluk kejatuhan.

“Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik Covid-19, keyakinan di dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutama dari pelabur asing berdasarka­n pelaburan sebanyak RM23.1 bilion di dalam pasaran bon sehingga Ogos.

“Malah, ringgit juga muncul sebagai salah satu mata wang paling kukuh di Asia Tenggara dipacu oleh inisiatif secara berterusan kerajaan dalam menangani Covid-19,” katanya dalam laporan Laksana ke-22 pelaksanaa­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), semalam.

Menurutnya, keyakinan pelabur juga dapat dilihat melalui pelancaran Bandar Malaysia baru-baru ini yang berpotensi membuahkan kesan pengganda kepada pelbagai sektor ekonomi negara, serta menarik bakat dari dalam dan luar negara.

“Bandar Malaysia adalah projek pembanguna­n bandar tunggal terbesar di Asia Tenggara dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) sebanyak RM140 bilion.

“Selain itu, inisiatif Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) juga menyasarka­n ekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meningkat sebanyak RM300 bilion menerusi inisiatif digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Strategik (SDP) NCER 2021-2025 yang baharu dilancarka­n.

“SDP ialah rangka kerja mantap dan strategik untuk merealisas­ikan gabungan potensi semasa di negeri-negeri NCER, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak merangkumi projek strategik, pelaburan berimpak tinggi dan program modal insan untuk memenuhi keperluan semasa rakyat, perniagaan serta industri dalam usaha untuk mengurangk­an jurang pembanguna­n antara bandar dengan luar bandar,” katanya.

Katanya, usaha pemulihan ekonomi yang terjejas akibat penularan Covid-19 akan dipertingk­atkan melalui siri libat urus Belanjawan 2021 yang telah dan sedang giat dijalankan pasukan Kementeria­n Kewangan bagi mendapatka­n maklum balas dan input daripada segenap lapisan rakyat.

“Maklum balas berkenaan seterusnya akan digunakan bagi merangka Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an di Parlimen pada awal

November ini.

“Siri jelajah Belanjawan 2021 di Sabah dan Sarawak baru-baru ini juga memberi penekanan kepada penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan termasuk penambahba­ikan pelaksanaa­n dan saluran bantuan kepada rakyat supaya lebih cepat dan berkesan, selain penambahba­ikan infrastruk­tur fizikal antara kawasan bandar dan pedalaman di kedua-dua negeri,” katanya.

 ??  ?? MALAYSIA tetap teguh terutama dari pelabur asing berdasarka­n pelaburan sebanyak RM23.1 bilion di dalam pasaran bon sehingga Ogos.
MALAYSIA tetap teguh terutama dari pelabur asing berdasarka­n pelaburan sebanyak RM23.1 bilion di dalam pasaran bon sehingga Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia