Harian Metro

Jariah Fund sasar kutip RM40,000

-

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menyasarka­n mengutip sumbangan sehingga RM40,000 melalui pendanaan awam bagi fasa pertama projek kebajikan sosial, Jariah Fund.

Pengerusi Bank Mualamat, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, objektif Jariah Fund adalah untuk menyantuni golongan yang memerlukan dan meringanka­n beban masyarakat melalui penerapan teknologi kewangan (fintech).

Katanya, platform ini juga adalah antara inisiatif bagi menyokong strategi Pengantara­an Berasaskan Nilai (Value-Based Intermedia­tion) seperti yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Platform ini menggunaka­n proses pembayaran elektronik menerusi gerbang pembayaran FPX di mana orang ramai boleh menyumbang secara dalam talian dan kutipan dinyatakan secara tempoh masa sebenar (real time).

“Orang ramai boleh melayari jariahfund.muamalat.com.my dan memilih untuk menderma atau menyumbang kepada kempen yang dipaparkan.

“Kami berharap usaha ini dapat membantu golongan yang terjejas agar dapat meneruskan kehidupan mereka,” katanya di majlis pelancaran Jariah Fund di sini, semalam.

Hadir merasmikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin.

Sementara itu, Ketua Bahagian Dakwah, Wakaf dan Zakat Bank Muamalat, Dr Mohd Hafiz Fauzi berkata, Bank Muamalat adalah peneraju dalam kalangan institusi kewangan Islam di negara ini yang berjaya membangunk­an platform pendanaan awam dalam talian, dengan menggunaka­n kepakaran dalaman sepenuhnya untuk tujuan amal.

 ??  ?? DR Zulkifli (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tajuddin pada Majlis Pelancaran Jariah Fund Bank Muamalat, semalam.
DR Zulkifli (tengah) menerima cenderamat­a daripada Tajuddin pada Majlis Pelancaran Jariah Fund Bank Muamalat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia