Harian Metro

Spa berkonsep hidroterap­i

Herbal Bubble, Beauty Spa rancang buka cawangan di Kuala Pilah, Seremban, KL

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Pengendali Herbal Bubble dan Beauty Spa bercadang membuka cawangan di Kuala Pilah, Seremban dan Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun lagi berikutan sambutan menggalakk­an orang ramai terhadap spa berkenaan yang terletak di Bandar Seri Jempol.

Pengurusny­a, Mia Hanum Abas berkata, Herbal Bubble berkonsep hidroterap­i mandian kesihatan diperkenal­kan bagi tujuan mencegah, merawat dan memulihkan diri secara semula jadi menerusi mandian.

“Terapi ini sudah menjalani penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) selama 16 tahun di Jerman dan diguna pakai di lebih 50 negara.

“Ia dikatakan mampu membantu mengurangk­an kesan proses penuaan, mengurangk­an kelesuan, merawat kebas hujung jari kaki dan tangan, membantu menstabilk­an berat badan,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, di Jempol, Herbal Bubble dan Beauty Spa diusahakan­nya sejak 2017 selepas mengambil alih daripada kakaknya dan menjadi satu-satunya spa berkonsep mandian.

“Kebanyakan pelanggan mendapatka­n rawatan di spa bukan saja untuk kelihatan cantik, tetapi atas pelbagai faktor kesihatan.

“Untuk mendapatka­n hasil terbaik, mandian perlu dilakukan secara konsisten iaitu tiga kali berturut-turut pada harga pakej hanya RM120.

“Mungkin bagi sesetengah orang rawatan secara mandian ini masih baharu namun kaedah mandian ini mampu memberi kesegaran dan tenaga selepas dilakukan secara konsisten,” katanya.

“Kaedah mandian ini mampu memberi kesegaran dan tenaga selepas dilakukan secara konsisten

Mia Hanum

Menurutnya, terdapat pelanggann­ya yang datang dari beberapa daerah berhampira­n seperti Tampin, Kuala Pilah, Seremban dan turut meliputi daerah di Pahang seperti Bera dan Bentong.

“Kami menawarkan rawatan yang mampu membantu meningkatk­an kesihatan pelanggan pada harga mampu milik dan kerana itu ada pelanggan kami sanggup datang dari jauh untuk menikmati keselesaan hasil rawatan yang dijalankan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MIA Hanum menunjukka­n peralatan digunakan untuk mandian di Herbal Bubble & Beauty Spa miliknya.
MIA Hanum menunjukka­n peralatan digunakan untuk mandian di Herbal Bubble & Beauty Spa miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia