Harian Metro

‘DE FAM TETAP DIHATI’

Azira Shafinaz berlakon kerana undangan nyanyian terhad sejak PKP

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Setiap kali ditanya,

Azira Shafinaz mengakui keutamaann­ya adalah dalam nyanyian bersama kumpulan De Fam.

Bagaimanap­un, tawaran persembaha­n yang masih belum ‘meriah’ selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan dia beralih kepada lakonan.

“Saya tak pernah terfikir nak bergerak solo dalam nyanyian, cuma De Fam kini berehat seketika sambil dalam proses buat single baru. Insya-Allah, awal tahun depan kami tampil dengan single terbaru.

Jadi saya gunakan kesempatan ini dengan memenuhi tawaran berlakon. Tak dinafikan kami rindu sangat nak beraksi depan peminat. Selepas PKP, kami hanya terbabit dalam dua program TV saja,” katanya.

Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 28, baru selesai membintang­i drama 10 episod berjudul Isteri Misteri membabitka­n kerjasama stesen TV streaming Viu dan TV3. “Ceritanya berkonsep thriller yang disulam dengan komedi. Saya berganding­an dengan Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi. Kami semua adalah pemegang watak utama. Pertama kali berganding­an memang seronok. Mereka senang bekerjasam­a. “Kisahnya mengenai lelaki yang mempunyai tiga isteri. Seorang di antara mereka disyaki

mahu membunuhny­a. Ia akan ditayangka­n November ini,” katanya. Tidak berehat lama, dia akan terbabit dengan penggambar­an drama episod berjudul Penjara Janji terbitan JS Pictures Sdn Bhd minggu depan.

“Drama untuk slot Samarinda TV3 ini menggandin­gkan saya dengan Alif Satar dan Fauzi Nawawi. Ini bukanlah kali pertama saya berlakon dengan JS Pictures dan saya selesa bekerja dengan mereka. Saya jenis orang yang memilih cerita dan watak. Alhamdulil­lah setakat ini saya dapat watak yang berkualiti,” katanya.

Jika bukan kerana

PKP, peminat tentu boleh menyaksika­n dua filem lakonannya iaitu Talbis

Iblis dan Air Force yang sepatutnya ditayangka­n tahun ini.

“Saya bawa watak Hajar dalam Talbis Iblis dan perlu melalui proses uji bakat. Lega kerana saya jadi pilihan penulis skrip filem dan dan pengarahny­a Kabir Bhatia.

“Watak saya agak berat iaitu sebagai wanita yang hamil anak luar nikah.

Saya tak perlu nak mekap cantik-cantik untuk bawa watak. Malah, saya juga buat aksi lagak ngeri sendiri dalam filem ini. Nasha Aziz dan Zul Ariffin banyak membantu saya,” katanya.

Tidak keterlalua­n dikatakan, dia mengambil inspirasi Nasha dalam menjayakan wataknya.

“Dia berikan yang terbaik menerusi wataknya sekali gus memudahkan saya untuk bawa watak Hajar. Bagi saya cerita ini memang penuh emosi. Berlakon cerita ini memang memenatkan fizikal dan mental. Saya berikan

110 peratus komitmen,” katanya yang mahu lakonannya sampai kepada penonton.

Sebagai langkah masa panjang, Azira mahu berjinak dalam perniagaan dengan mengeluark­an produk penjagaan diri tahun depan.

“Memang saya sudah lama teringin nak uruskan perniagaan tapi perlulah buat persediaan lengkap. Saya nak keluarkan produk yang orang suka dan percaya. Bukan kerana nak buat keuntungan semata-mata,” katanya.

Jadi saya gunakan kesempatan ini dengan memenuhi tawaran berlakon. Tak dinafikan kami rindu sangat nak beraksi depan peminat. Selepas PKP, kami hanya terbabit dalam dua program TV saja

AZIRA SHAFINAZ

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AZIRA akan muncul dengan single terbaru bersama De Fam.
AZIRA akan muncul dengan single terbaru bersama De Fam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia