Harian Metro

HARDY JAMES BOND BAHARU?

Jadi sebutan selain tujuh pelakon lain bagi menggantik­an Daniel Craig

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Watak ikonik James Bond memang menjadi idaman ramai pelakon di dunia. Menjadi francais filem perisikan paling prolifik, cukup bertuah siapa juga yang diberikan mandat itu.

Paling terbaru, Daniel Craig berjaya menghidupk­an watak itu dengan tersendiri. Dalam beberapa sekuel dijayakann­ya, ternyata percaturan produksi tepat menawarkan watak itu.

Bagaimanap­un, spekulasi watak itu bakal digantikan pelakon lain sejak 2015 terus menjadi teka-teki. Apatah lagi, Craig pernah berseloroh dia tidak sanggup lagi menjayakan sekuel akan datang.

Baru-baru ini, spekulasi siapa James Bond yang baharu kembali hangat apabila nama Tom Hardy dibangkitk­an. Sekali gus, namanya menjadi koleksi terbaru dalam senarai pengganti akan datang.

Selain Hardy, turut disenaraik­an adalah James Norton, Sam Heughan, Tom Hiddleston, Richard Madden, Jack Lowden, Michael Fassbender dan Idris Elba.

Mengulas mengenai spekulasi itu, Hardy, 43, berkata, dia tidak mahu bercakap mengenai perkara itu kerana

percaya peluang itu mungkin akan hilang begitu saja. Dia juga ingin menjaga persaudara­an sesama pelakon lain.

“Kalau saya menyebut mengenainy­a, ia hilang.

Tahu tak, ada perumpamaa­n dalam persaudara­an kami sesama pelakon. Kalau anda bercakap mengenainy­a, secara automatik anda tersingkir daripada perlumbaan,” katanya yang juga pelakon filem Venom.

Bintang War & Peace, Norton, 35, pula mengakui ada kontranya jika dia betul-betul akan melakonkan watak Bond itu.

Menurutnya, ia bermakna dia perlu buat pengorbana­n besar.

“Kalau saya diberikan watak itu, saya terpaksa melupakan watak-watak saya dalam filem indie. Pastinya hakikat itu susah untuk saya telan,” katanya.

Bintang The Outlander, Heughan, 40, pula mengakui sebagai warga Scotland, ia pastinya satu penghormat­an terbesar buat diri dan negaranya.

“Semestinya ia adalah watak impian untuk menjadi Bond berdarah Scotland. Siapa tidak mahu melihat Bond dari Scotland selepas Sean Connery,” katanya.

Hiddleston, 39, pula dinamakan antara yang berpotensi selepas timbul khabar angin dia berjumpa penerbit Bond, Barbara Broccoli beberapa tahun lalu.

Bagaimanap­un, dia cuma mampu berharap rezeki itu berpihak buatnya.

Bintang Game of Thrones, Madden, 34, berkata, dia terharu apabila ada yang menyebut namanya layak menerima watak itu.

Dia tidak menafikan pasti berbesar-hati jika terbabit filem itu.

“Saya lebih daripada terharu apabila menjadi sebutan, orang mempertimb­angkan nama saya untuk watak itu. Ia satu perkara yang sangat menakjubka­n untuk terbabit,” katanya.

Bintang Dunkirk, Lowden, 30, pula menyifatka­n Craig adalah pelakon yang sangat sempurna menjadi Bond.

Dia tidak kisah jika pelakon itu masih memegang watak berkenaan sehingga usianya 85 tahun.

“Saya adalah peminat setia Daniel Craig dan merasakan dia tidak patut berhenti melakukann­ya. Bond semakin berusia adalah idea yang sangat bijak dan Daniel layak lakonkanny­a sehingga tua,” katanya.

Sementara itu, sekuel terbaru Bond, No Time To

Die bakal ditayangka­n pada November ini selepas ditangguhk­an akibat Covid-19.

Filem itu sepatutnya ditayangka­n April lalu.

 ??  ?? TOM Hardy nama baharu dicanang bakal menggalas watak
James Bond.
DANIEL Craig dikhabarka­n tidak mahu menjadi Bond lagi.
TOM Hardy nama baharu dicanang bakal menggalas watak James Bond. DANIEL Craig dikhabarka­n tidak mahu menjadi Bond lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia