Harian Metro

NONNY, NIEZAM DAH KURSUS

Beri bayangan bakal disatukan sebagai suami isteri dalam tempoh terdekat

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah memberi bayangan bakal melangsung­kan perkahwina­n dengan pelakon, Niezam Zaidi dalam waktu terdekat ini.

Ia berikutan tindakan Nonny, 31, atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin berkongsi video dia bersama Niezam yang sudah mengikuti kursus perkahwina­n minggu lalu.

“Alhamdulil­lah, selesai sudah satu perkara. Proses kami ‘special’ sedikit. Kalau nak tanya mengenai majlis nikah, jangan tanya saya lagi. Kena tanya terus pada Niezam. Harapnya menjawab segala persoalan,” katanya.

Berkongsi mengenai kursus perkahwina­n itu, Nonny berkata, dia dan Niezam hanya terbabit selama sehari saja.

“Untuk makluman semua, kursus kahwin sepanjang Covid-19 ini hanya dibuat sehari berbanding sebelum ini selama dua hari.

“Jadi, siapa sedang merancang nak ambil kursus boleh berbuat sedemikian. Terima kasih kepada Kak Ana yang membuat perkhidmat­an ini. Dari dulu dan sampailah ke Niezam, saya memang menggunaka­n khidmatnya,” katanya.

Nonny yang juga bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima memohon doa orang ramai semoga segala yang dirancang berjalan lancar.

“Semoga dipermudah­kan segala urusan oleh Allah SWT, dijauhkan dari segala jenis penyakit dan juga gangguan dari jin dan syaitan yang direjam.

“Dikayakan dengan iman, taqwa dan harta, diberikan rezeki yang melimpah ruah, baik dari segi kesihatan, kebahagiaa­n dan juga kewangan dan makanan yang mencukupi buat diri dan ahli keluarga mereka Ya Allah. Permudahka­nlah dan peliharala­h kami semua Ya Allah. Doakan buat kami juga ya,” katanya.

Terdahulu, pada

Julai lalu Niezam sudah berjumpa keluarga Nonny di Kota Kinabalu, Sabah.

Niezam berkata, pertemuan secara rasmi kali pertama itu dibuat sebagai menghormat­i dan menunjukka­n kesungguha­nnya dalam menjalin hubungan dengan Nonny.

“Alhamdulil­lah, pertemuan dengan ibu dan keluarga Nonny berjalan lancar. Insya-Allah, doakan semoga dipermudah­kan.

“Dalam pertemuan itu, saya pun sudah berbincang dengan keluarga Nonny. Insya-Allah kalau tak ada aral melintang dan akan dipermudah­kan semuanya. Perancanga­n saya memang nak terus nikah,” katanya.

Alhamdulil­lah, selesai sudah satu perkara. Proses kami ‘special’ sedikit. Kalau nak tanya mengenai majlis nikah, jangan tanya saya lagi. Kena tanya terus pada Niezam. Harapnya menjawab segala persoalan NONNY NADIRAH

 ??  ?? SUDAH mengikuti kursus perkahwina­n bersama Niezam.
SUDAH mengikuti kursus perkahwina­n bersama Niezam.
 ??  ?? MOHON doa orang ramai supaya segala perancanga­n dipermudah­kan Allah.
MOHON doa orang ramai supaya segala perancanga­n dipermudah­kan Allah.
 ??  ?? NIEZAM ketika bertemu keluarga Nonny di Kota Kinabalu.
NIEZAM ketika bertemu keluarga Nonny di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia