Harian Metro

PEWARIS TOK DALANG

WKMTK enggan biarkan wayang kulit berkubur tanpa pengganti

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

“Masih terngiang-ngiang pesanan guru saya, Dain yakinlah wayang kulit tak akan mati sebab hilang seorang berganti seorang,” jelas lelaki berusia 62 tahun itu yang menjadi generasi ke-13 diakredita­si sebagai Tok Dalang, Wayang Kulit Melayu Tradisiona­l Kelantan (WKMTK), Muhammad Dain Othman.

Malam itu dari jam 9 sehingga jam 2 pagi penulis bersama jurufoto, Mohd Aswadi Alias dan juruvideo, Muhamad Allyme Ahmad Izam menemubual Muhammad Dain atau lebih mesra disapa Pak Dain dalam masyarakat setempat kerana kisahnya ‘mencari tok dalang asli’ yang amat mencuri perhatian kami bertiga.

Tidak salah alamat rasanya, apabila Tourism Malaysia membawa kami kumpulan media dari Kuala Lumpur untuk melihat sendiri persembaha­n wayang kulit tradisiona­l Kelantan yang diterajui Pak Dain malam itu di Galeri WKMTK. Ia bukan sekadar keseronoka­n menyaksika­n persembaha­n sematamata.

Malah, di sebalik layar putih yang memainkan kisah Hikayat Maharaja Wana itu tersingkap 1,001 sejarah sehingga ‘tragedi’ yang berlaku dalam warisan seni persembaha­n berkenaan.

“Sekarang ini, saya masih mencari tok dalang yang diakredita­si dalam WKMTK untuk generasi ke-14, harapnya umur masih sempat,” katanya ketika ditanya penulis mengenai generasi selepasnya.

Hakikatnya, menjadi tok dalang dalam WKMTK bukan sesuatu yang mudah kerana jika tidak mempunyai minat, mana mungkin seseorang itu boleh diakredita­si sebagai seorang tok dalang dalam warisan seni persembaha­n itu.

Pak Dain berkata, di Kelantan khasnya pada era 1950 hingga 1960an terdapat empat jenis persembaha­n wayang kulit iaitu WKMTK atau Asli Kelantan, wayang gedek, wayang kulit Jawa dan wayang Melayu.

Namun, wayang kulit yang popular pada era itu yang masih bertahan sehingga hari ini adalah WKMTK kerana Pak Dain adalah generasi terakhir dan masih mencari generasi baharu.

“Menjadi tok dalang dalam Wayang Kulit Asli Kelantan perlu diakredita­si tok dalang sebelumnya kerana mereka perlu melepasi beberapa penilaian penting iaitu cerita, muzik, pedalangan dan persembaha­n pentas.

“Kemudian, apabila seseorang itu sudah menguasai empat bidang itu, dia akan dinilai sebanyak tiga kali oleh dalang-dalang utama, pemuzik yang pakar dan ketiga oleh penonton veteran,” katanya yang diakredita­si sebagai tok dalang pada 1982.

“Andai kata, tidak sempat mendidik generasi ke-14, bagaimana?, Adakah Pak Dain terkilan?” soal penulis.

“Dari segi seni wayang kulit saya tidaklah berdukacit­a kerana sesiapa sahaja boleh ‘bermain’ tetapi dari segi nilai, falsafah dan kualiti amat menyedihka­n saya sekiranya tidak mempunyai pewaris seterusnya.

“Sekiranya tidak ada generasi tok dalang ke14 , maka tiadalah lagi tok dalang dan hanya ada adalah si pembuat persembaha­n sahaja.

“Tok dalang mempunyai tanggungja­wab yang begitu besar dalam setiap persembaha­n wayang kulit yang bukan sekadar melayangka­n watak di sebalik kanvas putih,” katanya yang memberi jawapan sarat pengertian.

Cintanya kepada WKMTK mendorong Pak Dain membuka sebuah galeri peribadiny­a, Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisiona­l Kelantan pada 2010 terletak di sebelah rumahnya di Tumpat selepas bersara sebagai kakitangan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN).

Membuka Galeri itu pada asalnya dengan wang sendiri kemudian mendapat dana tambahan dari Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac) sebenarnya bukan mudah kerana pernah dianggap gila kerana dilihat taksub kepada seni persembaha­n itu.

“Orang kampung kata saya gila. Kawan yang sebaya dengan saya cakap ‘orang tak buat kerja budak-budak macam ini,’ ‘apalah sudah tua-tua main wayang kulit,’ waima ahli keluarga saya pun tidak setuju pada awalnya dengan tindakan saya membuka galeri ini kerana orang sudah tua seperti saya masih main wayang kulit.

“Tetapi semangat itu kian membara apabila teringat pesanan guru saya yang mengharapk­an saya untuk menghidupk­an wayang kulit ini yang ketika itu pada era 2000 kami sudah di zaman kepupusan kerana sudah tiada jemputan. Malah, sudah diharamkan,” katanya yang amat menegaskan persembaha­n itu tidak berkait rapat dengan unsur pemujaan.

Galeri yang memakan belanja hampir RM250,000 itu mempunyai lima bahagian utama iaitu panggung, pameran watak, tokoh dan sejarah, bengkel dan kesusaster­aan.

Pada hemat penulis, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam galeri itu ternyata ia bukan kerja gila tetapi Pak Dain ingin mempertaha­nkan seni persembaha­n itu tidak mati dibawa angin zaman. Apatah lagi, ia mencakupi segala kisah WKMTK dipamerkan untuk mereka yang tidak kenal mengenai wayang kulit seperti penulis.

Di akhir perbualan

Pak Dain berkata, sekurang-kurangnya jika sudah sampai masanya, dia dapat berasa bangga kerana janjinya kepada guru-gurunya mengembang­kan seni itu di mata dunia kerana sudah dijemput membuat persembaha­n seperti di Jerman, Austria, Thailand dan Indonesia.

“Malah, sudah ada pengkaji warisan menjadikan galeri ini sebagai tempat mereka mencari ilmu,” katanya mengakhiri perbualan.

Tok dalang mempunyai tanggungja­wab yang begitu besar dalam setiap persembaha­n wayang kulit yang bukan sekadar melayangka­n watak di sebalik kanvas putih

PAK DAIN

 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ??
FOTO: ASWADI ALIAS
 ??  ?? TOK Dalang menpunyai peranan besar dalam sebuah pementasan Wayang Kulit.
TOK Dalang menpunyai peranan besar dalam sebuah pementasan Wayang Kulit.
 ??  ?? PAK Dain menjadi generasi ke-13 dalam warisan WKMTK ketika ini.
ANTARA watak wayang kulit moden yang turut dipamerkan di dalam galeri.
PAK Dain menjadi generasi ke-13 dalam warisan WKMTK ketika ini. ANTARA watak wayang kulit moden yang turut dipamerkan di dalam galeri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia