Harian Metro

MALIM BERGINCU

Wanita tinggalkan kerjaya sebagai jururawat kerana 'cintakan' gunung

- Oleh Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Siapa sangka pemegang ijazah kejururawa­tan dan pernah berkhidmat sebagai jururawat di beberapa hospital swasta selama tujuh tahun akhirnya memilih kerjaya sebagai penunjuk arah gunung dan pengangkat barangan peribadi pelanggan atau porter sepenuh masa.

pemilik nama Noradiza Saharuddin atau mesra dipanggil Adiza merasakan kerjaya itu bagaikan sebati dengan jiwanya yang gemarkan aktiviti mendaki gunung sejak 2009 dan tidak melihat transforma­si pekerjaan yang biasanya didominasi lelaki itu sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Malah, ibu kepada tiga cahaya mata berusia antara tujuh hingga dua tahun itu juga tidak menyesal menamatkan kerjayanya sebagai jururawat kerana memilih kepada kepuasan dan kebahagiaa­n dalam kehidupan.

“Sememangny­a sukar membina kepercayaa­n pelanggan apabila pertama kali berjumpa dengan saya.

“Namun, apabila berada dalam hutan dan mendaki rasa was-was mereka kepada kemampuan diri saya perlahan-lahan luntur. Malah mereka pula menyaranka­n rakan-rakan ain menggunaka­n khidmat saya selepas itu,” katanya.

Sebenarnya ketika penulis menghubung­i Adiza untuk menemubual beliau sebagai penghias muka depan Wanita Metro (WM), wanita kelahiran Kuala Lumpur itu agak keberatan kerana dia merasakan dirinya tidak sehebat rakan-rakan porter wanita dari Sabah dan Sarawak khasnya yang umum terkenal dengan kekuatan mengangkat pelbagai beban.

Namun, nama Adiza dalam kalangan pendaki di Semenanjun­g cukup dikenali sehinggaka­n seorang pendaki Everest turut mencadangk­an beliau sebagai gerangan yang layak ditemubual apabila meminta cadangan nama wanita porter dari Semenanjun­g bagi muka depan WM.

Berkongsi kisah awalnya bergelar porter wanita, Adiza berkata, perkara itu terjadi secara tidak sengaja kerana pada awalnya dia hanya membantu rakanrakan membawa lebihan barangan kerana tidak larat untuk meneruskan pendakian disebabkan memikul beban yang banyak.

“Saya minat mendaki sebenarnya sejak bergelar jururawat lagi. Ketika itu, memang kita perlu membawa barangan sendiri yang banyak untuk mendaki dalam tempoh yang kadang-kala mencecah lebih seminggu.

“Jadi, ketika mendaki terdapat rakan-rakan yang tidak larat meneruskan pendakian kerana beg mereka terlalu berat dan saya tawarkan untuk membawa barangan mereka. Kemudian, ada juga tawaran upah (wang) untuk saya membawa barangan mereka dan saya lihat ia sebagai sumber rezeki tambahan,” katanya.

Adiza berkata, dalam masa sama dia juga menjadi malim gunung bagi menambah pendapatan sampingan ketika masih bergelar jururawat.

Akhirnya, pada 2014 Adiza memutuskan untuk menjadi malim dan porter sepenuh masa dan meninggalk­an kerjaya sebagai jururawat.

Jelasnya, memikul beg dengan berat antara 32 hingga 33 kilogram sudah menjadi lumrah bagi setiap sesi pendakian gunung.

Ketika ditanya mengenai tempoh pendakian dengan membawa beban itu, katanya, tujuh hingga lapan hari sudah menjadi perkara biasa dan cabarannya hanya sehingga hari ke lima memandangk­an berat barangan terutama bahan makanan akan berkuranga­n selepas tempoh berkenaan.

“Apabila menjadi malim dan dalam masa yang sama boleh menawarkan diri sebagai porter peribadi sebenarnya sesuatu yang menyeronok­kan kerana kita dapat membantu orang dan dalam masa yang sama menjana pendapatan tambahan.

“Saya menjadi porter biasanya kepada pendaki wanita kerana mereka lebih selesa apabila porter wanita sendiri yang mengangkat barangan mereka memandangk­an terdapat barangan privasi kaum hawa,” katanya.

Adiza berkata, dia mengenakan caj RM250 sehari bagi berat 12 kilogram (kg) dan kebanyakan individu yang menggunaka­n khidmatnya sebagai porter terdiri daripada golongan bekerjaya dan berstatus tinggi.

“Apabila mendaki gunung di Malaysia yang amat terkenal dengan cabaran basah, berlumpur dan jalan denai yang sukar sememangny­a menjadikan golongan yang minat mendaki ini memerlukan khidmat porter mereka bagi memudahkan perjalanan pendakian.

“Lebih mencabar apabila mereka tidak biasa membawa isian beg yang agak berat mengandung­i barangan peribadi dan pecahan barang milik kumpulan bagi mendaki dalam tempoh lebih sehari. Jadi penggunaan porter menjadi pilihan terutama bagi mereka yang berkemampu­an,” katanya.

Adiza berkata, suaminya juga seorang malim gunung tidak pernah menghalang minatnya dalam kerjaya itu. Malah, mereka bertemu jodoh ketika sama-sama mendaki.

“Saya dan suami memang tidak ada masalah dalam kerjaya ini kerana sudah faham dengan situasi sebagai malim dan porter. Tambahan, aktiviti ini adalah sumber rezeki kami berdua untuk keluarga.

“Paling utama ialah saya sendiri perlu bijak dalam mengatur jadual kerja kerana sudah mempunyai anak dan buat masa sekarang saya hadkan sebulan hanya empat kali sahaja sesi mendaki gunung bersama pelanggan yang turut menawarkan khidmat malim, tukang masak dan porter,” katanya yang turut bekerja di sebuah syarikat menyediaka­n khidmat aktiviti pendakian.

Ditanya mengenai latihan kecergasan,

Adiza berkata, dia kerap mendaki gunung di sekitar kediamanny­a di Perak dan aktiviti itu penting bagi memastikan stamina dalam keadaan baik.

“Pengalaman saya sebagai jururawat juga amat membantu dari segi menjaga kesihatan diri terutama bagi memastikan berat barangan yang dibawa tidak menjejaska­n diri sendiri.

“Paling penting pekerjaan ini membahagia­kan saya sebagai peminat aktiviti pendakian,” katanya mengakhiri perbualan.

Saya menjadi porter biasanya kepada pendaki wanita kerana mereka lebih selesa apabila porter wanita sendiri yang mengangkat barangan mereka memandangk­an terdapat barangan privasi kaum hawa

ADIZA

 ?? FOTO IHSAN ADIZA SAHARUDDIN ?? Memilih kerjaya yang dekat dengan jiwanya.
BERSTATUS ibu bukan menjadi penghalang untuk Adiza (kanan) menjadi malim dan porter.
FOTO IHSAN ADIZA SAHARUDDIN Memilih kerjaya yang dekat dengan jiwanya. BERSTATUS ibu bukan menjadi penghalang untuk Adiza (kanan) menjadi malim dan porter.
 ??  ?? BERADA di Gunung Gayong.
BERADA di Gunung Gayong.
 ??  ?? BERADA di dalam hutan sehingga lapan hari bukan sesuatu perkara yang asing.
BERADA di dalam hutan sehingga lapan hari bukan sesuatu perkara yang asing.
 ??  ?? (kiri) Adiza meninggalk­an kerjaya sebagai jururawat untuk menjadi malim dan porter sepenuh masa.
(kiri) Adiza meninggalk­an kerjaya sebagai jururawat untuk menjadi malim dan porter sepenuh masa.
 ??  ?? ADIZA sentiasa mendaki di gunung berhampira­n kediamanny­a di Perak bagi menguatkan stamina.
ADIZA sentiasa mendaki di gunung berhampira­n kediamanny­a di Perak bagi menguatkan stamina.
 ??  ?? BERSAMA rakan-rakan yang malim dan porter.
BERSAMA rakan-rakan yang malim dan porter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia